Home » BERITA » Abang Botak Hentak Cermin Dipenjara 12 Bulan

Abang Botak Hentak Cermin Dipenjara 12 Bulan

Abang Botak Hentak Cermin Dipenjara 12 Bulan. Inilah harga yang perlu dibayar oleh seorang pemuda apabila dia dijatuhi hukuman tersebut. Apa lagi dengan hari raya yang bakal menjelma tidak berapa lama lagi.

Abang Botak Hentak Cermin Dipenjara 12 Bulan
Abang Botak Hentak Cermin Dipenjara 12 Bulan

Abang Botak yang menghentak cermin hadapan sebuah kereta dengan topi keledar terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara selepas dijatuhi hukuman penjara minimum 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas kesalahan melakukan khianat.

Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Danial Abdullah Tan, 31, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, semalam.

Dia yang lebih dikenali sebagai ‘abang botak’ dalam kalangan netizen hanya menundukkan kepalanya sepanjang prosiding.

Malah, suaranya tersekat-sekat serta menangis ketika disoal Majistret Nurshahirah mengapa dia bertindak sedemikian.

“Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya… saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan nada sebak dan meminta maaf atas perbuatannya itu.

Turut kelihatan di tempat duduk galeri awam, kakak dan beberapa ahli keluarganya yang mengikuti prosiding pendakwaan itu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat dan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa lelaki berusia 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga rosak.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, 5.30 petang pada 28 Mei.

Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.

Terdahulu, dia yang diwakili peguam peguam Nur Rafiuddin Mas Wari dalam hujahnya berkata, pengakuan salah anak guamnya itu menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pertuduhan ini adalah yang pertama dihadapinya.

“Anak guam adalah pekerja stor dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun.

“Kesalahan dilakukan bukanlah sesuatu yang dirancang,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman berat atas alasan kesalahan membabitkan pembuli jalanan kerap berlaku dan memandangkan usia tertuduh (31 tahun ) dia sepatutnya dalam fasa matang.

Portal berita Harian Metro semalam melaporkan seorang penunggang motosikal bertindak samseng dengan menghentak cermin sebuah kereta dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, jam 5.30 petang Selasa lalu.

Tindakan samseng penunggang motosikal itu dirakam pemandu kereta berkenaan menggunakan kamera dashcam dan rakaman video terbabit tular di Facebook sejak kelmarin. – Metro Online –

Check Also

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati. Dua suspek yang didakwa membunuh seorang pemandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.