Home » BERITA » Abang Kenduri Kepala Kambing Mengaku Salah

Abang Kenduri Kepala Kambing Mengaku Salah

Abang Kenduri Kepala Kambing Mengaku Salah. Betul lah kata pepatah kerana pulut santan binasa kerana mulut badan binasa. Inilah yang sesuai untuk dikatakan kepada seorang pemuda yang telah mencabar pihak berkuasa menerusi satu video.

Abang Kenduri Kepala Kambing Mengaku Salah
Abang Kenduri Kepala Kambing Mengaku Salah

Seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) di laman sosial WhatsApp, Khamis lalu.

Mohd Naim Md Isa, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Juraidah Abas.

Mahkamah menangguhkan hukuman ke atas tertuduh pada 11 Mei ini kerana masih menunggu laporan lengkap forensik dan fakta kes.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Naim didakwa memuat naik video menerusi aplikasi WhatsApp dan mengeluarkan kata jelik dengan niat mempertikai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuat kuasa susulan COVID-19.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan kampung di Langgar pada jam 2 petang, 19 Mac lalu.

Tertuduh berhadapan tuduhan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (Akta 588).

Juraidah membenarkan tertuduh dijamin RM6,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 11 Mei ini.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Zubaidah Ahmad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BH-

Check Also

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020

Live Streaming Perutusan Khas YAB Perdana Menteri 15 September 2020. Jangan lupa untuk saksikan perutusan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.