Ada Apa Dengan 12 12? Seperti yang anda semua ketahui sebelum ini 11.11 dan terbaru 12.12. Tetapi tahukah anda apa sebenarnya yang berlaku pada tarikh ini. Jom kami kongsikan kepada anda semua tentang revolusi 12.12 ini.
12.12 merupakan satu revolusi perniagaan dalam talian terbesar di Malaysia. Diperkenalkan oleh platform perniagaan dalam talian terbesar di Malaysia satu ketika dulu dan kini ia menjadi acara tahunan.
Acara ini bukan sahaja melibatkan platform tersebut sahaja tetapi juga melibatkan semua peniaga yang menjalankan perniagaan secara dalam talian di negara kita Malaysia bahkan ia melangkaui sehingga ke seluruh asia dan juga seluruh dunia.
Dalam kempen revolusi perniagaan online ini para pembeli akan mendapat pelbagai tawaran menarik dari pihak peniaga dalam talian ini. Ia seperti harga barangan terendah, pelbagai diskaun menarik, pelbagai hadiah misteri, pelbagai baucer dan sebagainya.
Namun begitu, anda sebagai pengguna kena bijak ketika membeli. Bukan apa, terdapat juga pengalaman yang pembeli tertipu dengan tawaran 12.12 ini. Mereka menawarkan diskaun begitu tinggi tetapi sebenarnya harga diskaun tersebut merupakan harga jualan sebenar bagi produk itu. Jadi anda jangan tertipu. Sila buat survey dahulu harga barangan yang ingin anda beli. Jika perbandingan harga telah dibuat dan anda berpuas hati barulah anda beli produk yang anda mahukan