Home » Uncategorized » Adam Adli Dipenjara 12 Bulan

Adam Adli Dipenjara 12 Bulan

Adam Adli Dipenjara 12 Bulan

KUALA LUMPUR: Aktivis sosial Adam Adli Abd Halim di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini didapati bersalah atas pertuduhan memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada Mei 2013.

Peguam beliau N Surendran dan Latheefa Koya merayu agar Adam Adli dikenakan hukuman denda dan bukan penjara.

Adam Adli Dipenjara 12 Bulan

Pihak pendakwa raya memohon “hukuman yang setimpal”.

Adam Adli sempat tweet dengan berkata “guilty” (bersalah).

Antara reaksi awalnya menyatakan perbezaan pendapat kini merupakan satu jenayah menurut pandangan pihak pendakwaraya.

Adam Adli, 25, didakwa memberi ucapan dalam ceramah dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang telah tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara yang tidak sah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur pada 13 Mei lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15). – Awani-

Check Also

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020

Episod Akhir Cetera Hati Diya 1 Julai 2020. Apakah kesudahan drama Cetera Hati Diya agaknya? …

One comment

  1. Adam2… watpe lah cari sebab…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.