Home » BERITA » Adik Ainul Mardhiah Selamat Dibedah

Adik Ainul Mardhiah Selamat Dibedah

Adik Ainul Mardhiah Selamat Dibedah. Bayi Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin selamat dan berjaya dibedah semalam. Ini berdasarkan laporan pihak Buletin TV3 menerusi laman Youtube mereka.

Adik Ainul Mardhiah Selamat Dibedah
Adik Ainul Mardhiah Selamat Dibedah

Bayi berusia sembilan bulan yang menghidap kanser ‘Germ Cell Tumour’, telah menjalani pembedahan selama enam jam untuk mengeluarkan ketumbuhan di mulut dan lehernya di sebuah hospital kanak-kanak terkemuka di London semalam.

Menurut Ibu bapa Ainul Madhiah, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaini, masing-masing berusia 24 tahun, bayi kesayangan mereka itu di bawa ke teater pembedahan pada jam 11 pagi waktu tempatan..

Pembedahan dijalankan oleh pasukan perubatan seramai 13 anggota termasuk empat pakar bedah dan dua Anesthetis .

Ia diketuai oleh professor David Dunaway merupakan seorang pakar bedah plastik.

Seorang daripada anggota pasukan perubatan, Dr Juling Ong yang berasal dari Malaysia bertemu dengan Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani selepas pembedahan selesai dijalankan.

Turut serta dalam pasukan perubatan tersebut, doktor warga Malaysia yang berpengkalan di London, Dr Nur Amalina Che Bakri.

Dr Nur Amalina adalah individu yang bertanggungjawab dan berusaha membawa Ainul Mardhiah untuk mendapatkan rawatan lanjut di London, apabila penderitaan bayi tersebut mendapat perhatian netizen melalui media sosial.

Ainul Madhiah ditemani ibu bapanya tiba dihospital di London, pada 25 Mei lalu.

Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas sumbangan dan doa rakyat Malaysia terhadap kesejahteraan anak mereka.

Lagi berita di SINI

Check Also

Pemandu Vios Tular Di JB Ditahan Polis

Pemandu Vios Tular Di JB Ditahan Polis

Pemandu Vios Tular Di JB Ditahan Polis. Polis telah menahan seorang pemandu kereta jenis Toyota …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.