Home » BERITA » Adik Nur Umairah Jannah Meninggal Dunia

Adik Nur Umairah Jannah Meninggal Dunia

Adik Nur Umairah Jannah Meninggal Dunia. Berehatlah sayang.. ALLAH lebih menyayangimu…

Kepada semua sahabat yang sentiasa mengikuti perkembangan adik Nur Umairah Jannah, baby Jannah telah kembali kepada Allah sebentar tadi di HUKM semasa melalui pembedahan.

Adik Nur Umairah Jannah Meninggal Dunia
Adik Nur Umairah Jannah Meninggal Dunia

Terima kasih di atas segala doa dan sumbangan yang telah diberikan oleh warga Perak dan Malaysia, perancangan Allah lebih baik.

Jannah sedang bermain di dalam syurga..Al-Fatihah

Kredit : Perak Press

Berita berkaitan adik Nur Umairah Jannah sebelum ini adalah seperti berikut :

Adik Nur Umairah Jannah yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam otak atau hydrocephalus bakal di rawat di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Difahamkan, adik Nur Umairah Jannah Abdul Muhaimin mengalami penyakit hydrocephalus yang sangat teruk dan menyebabkan kepala beliau menjadi terlalu besar disebabkan terkumpulnya air otak.

Perkara ini telah menyukarkan penjagaan adik Nur Umaira dimana kini beliau terlantar di katil sahaja kerana saiz kepala yang terlalu besar dan berat.

Beliau yang dilahirkan pada Oktober tahun lalu berada di bawah jagaan ibu saudaranya, Nurul Shafikah Zainuddin yang bekerja sebagai operator pengeluaran kilang

Dengan kerjasama dan keperihatinan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak, sebuah unit kenderaan ambulan dari jabatan berkenaan telah diluluskan bagi membawa adik Umaira ke PPUKM.

Pada peringkat awal, adik Umairah akan dibawa ke sana dengan menaiki sebuah MPV, namun bagi keselesaan adik Umairah yang perlu berada dalam keadaan baring, sebuah ambulans dari jabatan berkenaan telah digunakan.

Lebih memilukan, pada usia lapan bulan, Nur Umairah Jannah hanya mampu bermain sambil begelak ketawa dalam keadaan baring kerana keadaan kepalanya yang membengkak saban hari membataskan pergerakan.

Check Also

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa di mahkamah. Betul lah kata orang-orang tua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.