Home » Uncategorized » AFF Suzuki Cup 2014

AFF Suzuki Cup 2014

AFF Suzuki Cup 2014

AFF Suzuki Cup 2014 memang tengah “trending” di seluruh Asia Tenggara pada ketika ini. Semalam selesai sudah perlawanan kedua bagi kumpulan B dan sehari sebelumnya telah selesai perlawanan kumpulan A.

Setelah kesemua pasukan mengharungi 2 perlawanan di AFF Suzuki Cup 2014 ternyata terdapat beberapa kejutan yang berlaku.

Pasukan Filipina yang kita tahu pasukan bola sepak mereka kurang menyerlah di peringkat rantau telah menunjukkan prestasi yang begitu baik. Mereka menang kedua-dua perlawanan mereka. Lebih mengejutkan mereka telah berjaya mengalahkan pasukan yang dianggap pilihan iaitu Indonesia dengan jaringan 4-0.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Kumpulan B juga tidak kurang kejutannya. Thailand yang dibarisi skuad muda nampaknya berjaya dalam 2 perlawanan. Menewaskan Singapura di gelanggang mereka adalah sesuatu yang patut dipuji. Thailand juga berjaya menewaskan Malaysia 3-2 walaupun dua kali pasukan negara mendahului.

Nampaknya hanya Thailand dan Filipina yang telah mengesahkan tempat mereka ke separuh akhir. Pasukan yang masih berpeluang layak perlu merebut satu slot dari kumpulan masing-masing. Tiada apa yang boleh dibuat kecuali semua pasukan yang berpeluang layak tersebut menang perlawanan terakhir.

Termasuk lah pasukan negara kita yang perlu menewaskan Singapura untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir. Begitu lah sedikit cerita AFF Suzuki Cup 2014.

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Harap malaysia leh la buat kejutan dalam AFF Suzuki 2014 ni

Leave a Reply to HASRUL HASSAN Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.