Home » BERITA » Ahli Parlimen PKR Cadang Anwar Ibrahim PM ke 8

Ahli Parlimen PKR Cadang Anwar Ibrahim PM ke 8

Ahli Parlimen PKR Cadang Anwar Ibrahim PM ke 8? Adakah ianya benar atau sekadar spekulasi? Menurut laporan media ahli parlimen PKR menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke 8 Malaysia.

Ahli PKR Cadang Anwar Ibrahim PM ke 8
Ahli Parlimen PKR Cadang Anwar Ibrahim PM ke 8

Beberapa Ahli Parlimen PKR memberitahu media dan ada mengaku mempersembahkan nama Anwar sebagai Perdana Menteri kelapan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar tadi.

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Dr Tan Yee Kew, berkata beliau sudah menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Kami bagi sokongan penuh (kepada Anwar) sebagai Perdana Menteri kelapan.

“Baru sebentar tadi kami tandatangan SD (akuan bersumpah) dan setakat ini PKR berdiri di belakang Anwar.

“Saya percaya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP bersama dengan kami, kami selalu bersama,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, berkata PKR yakin mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil, berkata, satu kenyataan media akan dikeluarkan PKR hari ini. -BH Online-

Check Also

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja

Netizen Pertahan Tindakan Polis Sebat Remaja. Rata-rata netizen sepakat mempertahankan tindakan Polis yang menyebat remaja …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.