Home » BERITA » Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak Ke 13

Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak Ke 13

Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak Ke 13. Sebelum ini Menteri Besar Perak iaitu Ahmad Faizal Azumu telah pun meletak jawatan menteri besar tersebut baca SINI

Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak Ke 13
Ahmad Faizal Azumu Menteri Besar Perak Ke 13

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula menggalas jawatan Menteri Besar Perak.

Perkara itu disahkan Dato’ Pengelola Bijaya Diraja, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi.

“Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada pertimbangan baginda melantik Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, ahli DUN Chenderiang sebagai Menteri Besar Perak.

“Ia selepas beliau mendapat kepercayaan sebahagian besar ahli-ahli Dewan Negeri untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang ke-13, berpandukan Perkara XVI Fasal 2 (a), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan,” katanya.

Katanya, istiadat angkat sumpah akan dilakukan hari ini di Istana Iskandariah, di sini pada jam 3.30 petang. –BH Online

Check Also

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu

Datuk Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat Baharu. Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.