Home » SUKAN » Aidil Zafuan Safiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan

Aidil Zafuan Safiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan

Aidil Zafuan Safiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan
Aidil Zafuan Safiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan

Berita yang mengejutkan peminat bola sepak tanah air apabila Aidil Zafuan Safiq Rahim Bersara Dari Skuad Kebangsaan. ANDA MINAT GAME & APLIKASI?? >>> KLIK SINI<<< Memetik dari laporan website stadium astro admin kongsikan kepada anda berita yang mengejutkan itu.

Pemain tengah, Safiq Rahim, dan pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak, membuat kejutan apabila mengumumkan persaraan daripada skuad kebangsaan. Dalam kenyataan bertajuk “Saya bersara dari Skuad Kebangsaan” yang dikeluarkan laman facebook Johor Southern Tigers pada jam 5 petang tadi, Aidil berkata dia mahu memberi peluang kepada pemain muda lain untuk mewakili negara dalam perlawanan akan datang.

“Saya Aidil Zafuan Abdul Radzak mengambil keputusan untuk bersara dari skuad kebangsaan (dengan rekod 68 kali penampilan bermula Julai 2007) dan ingin memberi peluang tersebut kepada pemain muda lain untuk mewakili pasukan negara pada perlawanan akan datang,” kata kenyataan tersebut. Aidil, 28, turut berasa berbesar hati dapat membantu mencapai beberapa kejayaan bersama skuad kebangsaan, antaranya memenangi pingat emas Sukan Sea 2009, kelayakan belia bawah 20 AFC 2005 dan kelayakan Sukan Olimpik 2008.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD APPS

Dia juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang selama ini menyokong kerjayanya sepanjang berkhidmat bersama pasukan kebangsaan. Selang sejam kemudian, kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, pula mengikut jejak Aidil mengumumkan persaraannya.

“Sudah tiba masanya untuk saya bersara dari skuad kebangsaan dan memberi peluang kepada pemain lain untuk menggalas tugasan saya. Pencapaian-pencapaian yang pernah saya raih seperti membantu skuad kebangsaan Bawah 23 tahun memenangi pingat emas di Sukan SEA 2009 dan juara Piala Suzuki AFF 2010 untuk skuad senior pastinya mampu menjadi pemangkin kepada pemain generasi baru untuk memberikan keputusan dan idea yang lebih positif buat skuad negara.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjaya saya dalam skuad kebangsaan, terutama penyokong-penyokong bola sepak tanah air, barisan kejurulatihan serta pengurusan FAM,” kata Safiq.

Kedua-dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mula mewakili pasukan kebangsaan sejak 2007, dengan Safiq mengumpul 66 jumlah perlawanan bersama pasukan kebangsaan serta menjaringkan 16 gol manakala, Aidil membuat 68 penampilan serta menjaringkan tiga gol. Penampilan terakhirnya bersama pasukan kebangsaan ialah ketika menentang Fiji dalam perlawanan persahabatan bulan lalu.

KLIK SINI UNTUK DOWNLOAD APPS

Check Also

Live Streaming Selangor vs Melaka United

Live Streaming Selangor vs Melaka United

Live Streaming Selangor vs Melaka United 14 September 2019. Aksi Piala Malaysia bersambung semula minggu …

One comment

  1. tak sangka aidil ni nak bersaya ye…umur masih muda lagi tu…mesti dia ada perancangan lain yang pastinya lebih baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.