Home » Uncategorized » Ainaa Amanda Dapat “Tangan baru”

Ainaa Amanda Dapat “Tangan baru”

Ainaa Amanda Dapat “Tangan baru”

Rasanya semua kenal dengan kanak-kanak istimewa yang bernama Ainaa Amanda. Video kanak-kanak yang dilahirkan tanpa telapak kanan ini telah viral di media sosial baru-baru ini. Melalui video tersebut Ainaa yang berpakaian seragam sekolah sedang petah berbual-bual dengan ibunya. Baru baru ini Ainaa Amanda Dapat “Tangan baru”.

Rezeki itu memang luas dan begitu juga dengan rezeki Ainaa Amanda. Seorang hamba Allah yang telah menonton video terbabit telah menghadiahkan tangan mekanikal kepada Ainaa Amanda.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ainaa begitu teruja dengan hadiah tersebut dan beliau berkata tidak sabar untuk ke sekolah. Ibu kepada Ainaa bersyukur dengan pemberian ini.

Menurut penderma tangan mekanikal ini, beliau menyiapkan tangan ini dalam masa dua hari dengan bantuan seorang rakan. Beliau rasa terpanggil untuk membantu adik Ainaa setelah melihat video tersebut di laman sosial.

Sumber Gambar : Utusan

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Alhamdulillah.. rezeki Ainaa Amanda.. comey kan dia..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.