Home » SUKAN » Ajax 2 Tottenham Hotspur 3 Spurs Mara Ke Final

Ajax 2 Tottenham Hotspur 3 Spurs Mara Ke Final

Ajax 2 Tottenham Hotspur 3 Spurs Mara Ke Final. Jaringan minit 90+5 oleh Lucas Moura membolehkan Tottenham Hotspur menang 3-2 di arena lawan. Jaringan minit akhir perlawanan tersebut bukan sahaja membawa Spurs ke final Liga Juara Eropah tetapi juga mencipta hatrik dalam perlawanan awal pagi tadi.

Ajax 2 Tottenham Hotspur 3 Spurs Mara Ke Final
Ajax 2 Tottenham Hotspur 3 Spurs Mara Ke Final

Kemenangan pada aksi separuh akhir kedua di Arena Johan Cyruff itu menyaksikan kedudukan agregat terikat 3-3 tetapi Spurs menempah aksi final menentang Liverpool di Madrid menerusi kelebihan jaringan di tempat lawan.

Gergasi Belanda, Ajax tampak berada di laluan untuk ke final apabila mendahului 2-0 sebelum rehat tetapi pelawat menyamakan kedudukan pada babak kedua sebelum Lucas melengkapkan hatriknya pada masa kecederaan bagi membawa skuad kendalian Mauricio Pochettino itu ke final.

Memperoleh kelebihan 1-0 hasil kemenangan di London, minggu lalu, Ajax yang rata-rata dibarisi pemain muda seperti mahu menamatkan permainan seawal mungkin apabila meledak gol pembukaan menerusi kapten, Matthijs de Ligt seawal minit kelima.

Tuan rumah tambah selesa apabila Hakim Ziyech meledak jaringan kedua pada minit ke-35 untuk menjadikan kedudukan agregat 3-0.

Jaringan itu menyaksikan Tottenham memerlukan keajaiban sama seperti dilakukan Liverpool ketika menewaskan Barcelona di Anfield, semalam tetapi dengan jurang masa lebih terhad.

Mengikuti semangat tidak kenal erti mengalah Reds, Spurs menjaringkan gol pertama pada minit ke-55 berpunca daripada umpanan Dele Alli.

Mereka kemudian menyamakan kedudukan empat minit kemudian apabila tampanan penjaga gol Andre Onana berpunca daripada cubaan Fernando Llorente berjaya disambut oleh Lucas dan penyerang Brazil itu membuktikan ketajamannya apabila meledak gol kemenangan dramatik pada masa kecederaan bagi mengesahkan kemaraan Spurs.

AJax kendalian Erik ten Hag, yang sudah pun melakar beberapa kejutan termasuk menyingkirkan penyandang juara Real Madrid dan juara Itali, Juventus yang dikuatkan dengan Cristiano Ronaldo musim ini tetap menerima tepukan gemuruh peminat mereka selepas perlawanan berakhir. – AFP

Check Also

Terengganu FC 3 PJ City FC 5 Buat Penyu Menangis

Terengganu FC 3 PJ City FC 5 Buat Penyu Menangis

Terengganu FC 3 PJ City FC 5 Buat Penyu Menangis. Terengganu FC (TFC) harus menyalahkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *