Home » BERITA » Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia

Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia

Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia. Nampak nya ada berita baik buat pasangan yang ingin melaksanakan ijab dan kabul walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia
Akad Nikah Online Pertama Di Malaysia

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melaksanakan majlis akad nikah dalam talian pertama di Malaysia.

Majlis pernikahan secara sidang video itu membabitkan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, yang disempurnakan dalam sekali lafaz.

Majlis diadakan 10.10 pagi di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa.

Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail melalui facebook Berita Al Hijrah.

Majlis akad nikah secara dalam talian itu dikongsi Zulkifli melalui Facebook, hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada JAWI atas usaha dan kejayaanbagi membantu pasangan yang berkahwin itu.

Menurut beliau, usaha baik itu adalah bagi menangani dan memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Katanya, majlis itu selaras dengan ketetapan dikeluarkan JAWI pada17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi kebenaran berkahwin.

JAWI membenarkan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

Antara negara melaksanakan nikah secara dalam talian ekoran penularan Covid-19 adalah Emeriah Arab Bersatu (UAE). -HM Online-

Check Also

Live Streaming Pengumuman Khas Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas

Live Streaming Pengumuman Khas Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas

Live Streaming Pengumuman Khas Perdana Menteri Pakej Bantuan Khas 18 Januari 2021. Jom semua kita …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.