Home » BERITA » Aksi Calon Bebas Sepit Mulut Curi Tumpuan

Aksi Calon Bebas Sepit Mulut Curi Tumpuan

Aksi Calon Bebas Sepit Mulut Curi Tumpuan. Nampak gaya semakin hangat apa yang telah berlaku di PRK Dun Rantau. Tempoh berkempen yang dibenarkan digunakan sebaik-baiknya oleh calon-calon yang bertanding.

Aksi Calon Bebas Sepit Mulut Curi Tumpuan
Aksi Calon Bebas Sepit Mulut Curi Tumpuan

PRK Dun Rantau ini adalah pertembungan 4 penjuru membabitkan calon Barisan Nasional (BN) yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, R Malar (Bebas), Mohd Nor Yassin (Bebas) dan calon Pakatan Harapan (PH) dari PKR, Dr S Streram.

Dalam banyak-banyak kempen di PRK Dun Rantau yang paling mencuri tumpuan netizen ialah R Malar dari calon bebas. Calon Bebas, R. Malar memulakan siri Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dengan adegan mengenakan sepit baju pada bibirnya ketika menemui pengundi di sini hari ini.

Suri rumah berusia 52 tahun itu berkata, beliau berbuat demikian sebagai tanda protes terhadap tindakan kerajaan dan pembangkang tidak membenarkan calon mereka bercakap dalam dua PRK sebelum ini. “Saya akan memakai sepit baju atau pelekat di mulut selama dua hari.

“Ketika PRK Cameron Highlands, Barisan Nasional (BN) tidak benarkan calon mereka bersuara dan perkara sama dilakukan pula pemimpin Pakatan Harapan (PH) pada PRK Semenyih,” dakwanya kepada pemberita di Pasar Malam Pekan Rantau di sini hari ini.

Tindakannya mengepit bibir dengan sepit baju berwarna putih sambil mengedarkan kad kempen itu mencuit hati segelintir pengunjung yang tertawa melihat gelagatnya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan memerlukan sekitar RM10,000 untuk tujuan kempen dan berharap orang ramai dapat memberi sumbangan kepadanya. – K! ONLINE

Check Also

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak

Tak Tunai Janji Datuk Bandar Diheret Guna Trak. Seorang datuk bandar di Mexico menempuh detik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.