Home » Uncategorized » Almy Nadia & Fizz Fairuz Nikah 26 April 2014

Almy Nadia & Fizz Fairuz Nikah 26 April 2014

KUALA LUMPUR: Pelakon Almy Nadia bakal menamatkan zaman bujangnya Sabtu ini bersama kekasihnya Fizz Fairuz.

Akad nikah akan berlangsung di Masjid Balik Pulau, Pulau Pinang selepas solat Asar.

Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 28, bersyukur kerana segala persiapan untuk majlisnya itu sudah hampir selesai.

“Kami akan bernikah pada 26 April ini selepas waktu Asar di kampung saya.

“Setakat ini, memang tiada apa-apa lagi yang hendak dilakukan memandangkan persiapan saya sudah lakukan sejak dari awal,” katanya seperti yang dilapor oleh Utusan Online.

Ketika ditanya mengenai perasaannya untuk bergelar isteri, Almy memberitahu agak sukar untuk dia berkongsi memandangkan dia masih belum lagi bergelar isteri kepada Fizz.

“Belum rasa apa-apa lagi, mungkin selepas akad nikah itu saya akan kongsi perasaan saya.

“Majlis pernikahan ini memang untuk keluarga terdekat dan media sahaja.” ujarnya.

Sebelum ini, pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mengikat tali pertunangan mereka pada 22 Oktober lalu setelah lapan tahun menyulam cinta.

Awani

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.