Home » Uncategorized » Amah Sembelih Anak Majikan

Amah Sembelih Anak Majikan

 Foto : Asyraf Hamzah

Kejam dan sungguh tragis apabila mendapat tahu berita ini malam tadi. Tergamak amah tersebut melakukan perkara sedemikian. Jadi untuk berita lanjut anda boleh rujuk berita dari sinar harian di bawah ini :

SUNGAI BULOH – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dipercayai membunuh dua anak majikannya dengan mengelar leher mangsa sebelum membunuh diri, di Taman Sri Putra, dekat sini, petang semalam.

Kanak-kanak malang itu berusia 5 dan 1 tahun 6 bulan serta suspek ditemui meninggal dunia di tempat kejadian.

Warga Indonesia dikenali sebagai Agnes umur lingkungan 30an ditemui bersama Melvin Selvan Joseph, 5, di bilik tingkat bawah.

Manakala adiknya, Kuay Jia Hong ditemui di tingkat atas.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritendan Junaidi Bujang mengesahkan kes sebagai bunuh dan bunuh diri.

“Ketika ditemui, semua mangsa ada kesan kelar di leher.

“Pihak polis  turut menemui dua bilah pisau yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, keluarga mangsa hanya menyedari kejadian selepas pulang ke rumah kira-kira jam 7 malam.

p/s : mengerikan betul kes ni

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.