Home » BERITA » Amaran Air Pasang Besar Di Johor

Amaran Air Pasang Besar Di Johor

Amaran Air Pasang Besar Di Johor
Amaran Air Pasang Besar Di Johor

Ini ada Amaran Air Pasang Besar Di Johor. Ianya dijangkakan berlaku pada Ahad depan. Jadi admin kongsikan berita dan gambar dari laporan Sinar Harian Online untuk anda semua terutama kepada warga Johor. Mohon untuk kongsikan berita ini kepada yang lain.

JOHOR BAHRU – Penduduk di kawasan pesisir pantai di negeri ini diminta berwaspada dan berhati-hati kerana jangkaan berlaku fenomena air pasang besar. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata kenaikan paras air laut dijangka berada pada paras tertinggi antara 16 hingga 20 Oktober ini.

“Sekiranya semasa tempoh tersebut berlaku kejadian ribut petir dan angin kencang sekitar pesisir pantai, ia akan menyebabkan pantai di Johor ditenggelami air,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau menyarankan agar aktiviti riadah di kawasan pesisir pantai pada tarikh berkenaan perlu dielakkan.

Antara kawasan yang dijangka terlibat ialah Pesisir Pantai Johor Bahru dengan jangkaan sehingga 3.9 meter, Tanjung Langsat (sehingga 3.5m),  Tanjung Pelepas (sehingga 3.5m), Pasir Gudang (sehingga 3.5 Meter), Pulau Pisang (sehingga 3.5 Meter), Pesisir Pantai Endau (sehingga 3.4 Meter).

Sungai Belungkor (sehingga 3.3 meter), Kuala Batu Pahat (sehingga 3.2m), Mersing (sehingga 3.2m) manakala Tanjung Sedili (bawah dari tiga meter). – Bernama

Check Also

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur

Hari Terakhir Hospital Bersalin Kuala Lumpur. Bermula 17 September 2019, tiada lagi bangunan Hospital Bersalin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.