Home » Uncategorized » Amaran Kenaikan Paras Air Sungai di Kuantan

Amaran Kenaikan Paras Air Sungai di Kuantan

Amaran Kenaikan Paras Air Sungai di Kuantan

Berikut adalah Amaran Kenaikan Paras Air Sungai di Kuantan yang dipetik dari laman Facebook JPS Kuantan sendiri. Admin sendiri pun dalam keadaan berjaga-jaga di rumah mahupun di pejabat yang sememangnya tahun lepas dinaiki air. Oleh itu sebarkan kepada semua rakyat Kuantan berita ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});



AMARAN KENAIKAN PARAS AIR SUNGAI DARI JPS KUANTAN

22 Dis 2014, 7 pagi – Sehingga jam 7pagi, jumlah hujan yang sangat lebat dicatat di stesen pemantauan hulu Sg Kuantan (Bukit Sagu, Panching dan Pasir Kemudi) dan stesen kawasan bandar iaitu Bukit Rangin, Sri Damai dan Indera Mahkota.

Akibat hujan lebat ini, paras air Sg Kuantan di Bukit Kenau dan Pasir Kemudi telah meningkat. Air dari bahagian hulu akan turun pada malam ini beserta air laut pasang tinggi 3.5m pada10.16pm.

Jika hujan lebat berterusan, keadaan ini akan menyebabkan banjir di kawasan2 yang berisiko seperti Pandan 1, Bukit Rangin, Sg Isap Damai dan sekitar.

Selain itu, kenaikan paras air Sg Kuantan akibat hujan lebat di hulu dan kawasan bandar serta air laut padang tinggi akan turut memberi kesan kepada kenaikan air di Sg Galing, parit Kg Jawa,Sg Tiram dan sg Talam.

Kenaikan paras air Sg Belat di stesen pemantauan jambatan gambang dan sri damai akan menyebabkan banjir di kawasan berisiko iaiti di Jaya Gading, Kg Gudang Rasau, Kg Air Hitam, Kg Sri Damai,Kg Lubuk Puyu,Kg Pandan 2, Permatang Badak dan sekitar.

Di kawasan sempadan Kuantan-Pekan, hujan lebat di Pekan serta kenaikan paras air Sg Pahang di Pekan menyebabkan kawasan2 di sekitar Sg Jarau, Sg Pahang Tua dan Sg Soi dinaiki air semula.

Sekian, untuk makluman.

p/s : mari kita sama-sama berdoa semoga tempat yang berisiko banjir tidak dilanda banjir teruk seperti tahun tahun sudah.Doa kalian memang diperlukan oleh semua mangsa yang mungkin akan terlibat.

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.