Home » Uncategorized » Anak Tomok Arrian Bakal Ke Udara Dalam Rancangan Oprah Winfrey

Anak Tomok Arrian Bakal Ke Udara Dalam Rancangan Oprah Winfrey

Anak Tomok Arrian Bakal Ke Udara Dalam Rancangan Oprah Winfrey

Sedia maklum, penyanyi dan pengacara Tomok sering berkongsi foto dan memuat naik video anaknya iaitu Arrian Shah Akid yang kini berusia dua tahun di laman Instagram miliknya.

Foto dan video yang dikongsi oleh Tomok seringkali mendapat komen positif dan perhatian oleh  para peminatnya yang memuji kepetahan dan kecomelan Arrian.

Terbaru, pihak porduksi antarabangsa, Oprah Winfrey Network tertarik dengan salah sebuah video majlis Aqiqah Arrian yang dimuat naik oleh Tomok.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan bin Ismail, video tersebut menarik minat  produksi tersebut untuk digabungkan dengan video-video budaya unik seluruh dunia menerusi sebuah dokumentari khas.

“Pada mulanya saya kurang yakin dengan email yang diterima oleh adik saya. Tetapi selepas dua tiga kali berbalas email dengan mereka, saya mula rasa mereka memang serius berminat dengan video Aqiqah Arrian.

“Pihak produksi di sana hanya mahu menggunakan beberapa saat sahaja dari video majlis tersebut. Semuanya masih dalam perbincangan dan saya serahkan perkara ini semua pada adik saya. Jika, mereka berhasrat mahu guna video tersebut, Alhamdulillah,” jelas Tomok.

Ditanya soal bayaran yang diterima menerusi video tersebut, Tomok menjelaskan ianya masih terlalu awal untuk dibincangkan dan mahu menunggu kata putus dari pihak produksi di sana.

Dalam pada itu, Tomok sungguh gembira dan teruja selepas menerima berita gembira isterinya kini disahkan hamil anak kedua.

“Alhamdulillah saya sangat teruja dan bersyukur selepas isteri disahkan sedang hamil anak kedua. Bulan Ramadhan dan juga Syawal sangat bermakna buat saya dan keluarga.

“Kandungan isteri baru berusia tiga minggu dan dan Insya Allah dijangka bersalin pada bulan Februari tahun hadapan,” ujar Tomok gembira.-Astro Gempak-

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.