Home » BERITA » Anggota JPJ Dikepung dan Ditetak Di Highway KESAS Berita Palsu

Anggota JPJ Dikepung dan Ditetak Di Highway KESAS Berita Palsu

Anggota JPJ Dikepung dan Ditetak Di Highway KESAS Berita Palsu
Anggota JPJ Dikepung dan Ditetak Di Highway KESAS Berita Palsu

13 Ogos 2014

Kenyataan oleh JPJ Ibu Pejabat.

Isu “Anggota JPJ dikepong dan ditetak di highway KESAS

Untuk makluman semua, hebahan di media sosial berkenaan dengan “anggota JPJ dikepong dan ditetak” adalah PALSU.

Kejadian yang sebenar berlaku pada semalam (12 Ogos 2014) yang telah dihebahkan berdasarkan gambar seperti yang dilampirkan adalah berkenaan dengan kes kemalangan kenderaan JPJ dengan seorang pemandu yang memandu secara berbahaya. Laporan polis telah dibuat dan kenyataan laporan tersebut adalah seperti berikut:

Kenderaan Terlibat :

1. M/4WD WRG7097 Jenis Toyota Fortuner (JPJ)
2. M/KAR NAD9380 Jenis Proton Saga

Siasatan :

Dijalankan di tempat kejadian dapati kemalangan berlaku di Susur Masuk ke Jalan Bukit Kemuning dari Shah Alam hala ke Klang.

Fakta kes :

Kejadian berlaku pada 12.8.2014 jam lebih kurang 1350hrs, dimana anggota Penguatkuasa JPJ melalui Susur ke Jalan Bukit Kemuning hendak balik ke pejabat di Padang Jawa tiba-tiba M/kar NAD9380 Jenis Proton Saga memotong cara bahaya – potong Q dan berlaku geseran di bahagian belakang sebelah kiri M/4WD WRG7097 milik JPJ dan pemandu M/KAR NAD9380 telah memotong dan menghalang M/4WD WRG7097. Berlaku pertengkaran mulut antara pemandu M/kar NAD9380 dan anggota JPJ tersebut.

Kecederaan : Tiada

Kerosakan :

1. M/4WD WRG7097 – Kesan calar sedikit dibahagian belakang kiri kenderaan.
2. M/KAR NAD9380 – Kesan calar sedikit dibahagian belakang kanan kenderaan.

Kes ini telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Sumber: FB JPJ

Check Also

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati

2 Suspek Bunuh Pemandu Grab Berdepan Hukuman Mati. Dua suspek yang didakwa membunuh seorang pemandu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.