Home » SUKAN » Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia Akibat Kanser

Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia Akibat Kanser

Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia Akibat Kanser. Satu Ramadan 1440H memberikan khabar duka buat bola sepak negara dan seluruh rakyat Malaysia apabila bekas pemain kebangsaan di era 1990-an, Anuar Abu Bakar menghembuskan nafas terakhir, malam tadi.

Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia Akibat Kanser
Anuar Abu Bakar Meninggal Dunia Akibat Kanser

Allahyarham yang berusia 48 tahun sebelum ini disahkan menderita kanser hati tahap empat dan mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor.

Beraksi di posisi tengah dan menyerang, Allahyarham pernah menyarung jersi kebangsaan di antara tahun 1993 hingga 1997. Allahyarham amat terkenal dengan jolokan super sub satu ketika dulu kerana di zaman kegemilangannya apabila menjadi pemain gantian pasti arwah menjaringkan gol.

Antara pasukan yang pernah mendapatkan khidmat Allahyarham yang berasal dari Johor ialah Selangor, Johor, Kelantan, Pulau Pinang dan MPPJ Selangor.

Selepas menggantung but, Allahyarham turut berkecimpung dalam arena pengurusan dan antara pasukan yang pernah mendapatkan khidmatnya sebagai pembantu jurulatih adalah PKNS FC, T-Team dan Selangor.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam laman Facebook rasmi badan induk itu turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan mengampuni dosanya. Al-Fatihah. -BH-

Check Also

Live Streaming Thailand U18 vs Malaysia U18

Live Streaming Thailand U18 vs Malaysia U18

Live Streaming Thailand U18 vs Malaysia U18 kejohanan AFF 2019 yang berlangsung di Vietnam. Perlawanan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.