Home » BERITA » Apa Yang Perlu Kita Buat Jika Malaysia Lock Down

Apa Yang Perlu Kita Buat Jika Malaysia Lock Down

Apa Yang Perlu Kita Buat Jika Malaysia Lock Down? Pertama sekali admin ingin tegaskan di sini posting ini adalah berdasarkan perkongsian daripada seorang di media sosial.

Apa Yang Perlu Kita Buat Jika Malaysia Lock Down
Apa Yang Perlu Kita Buat Jika Malaysia Lock Down

Perkongsian ini menyarakan kepada kita semua tentang persediaan yang perlu kita buat JIKA diulangi sekali lagi JIKA negara kita kena sehingga tahap LOCK DOWN disebabkan oleh wabak COVID-19.

Malaysia masih bebasa Lock Down sehingga posting ini dibuat iaitu 16 Mac 2020 lock down masih belum dibuat kerana tiada keperluan hingga ke tahap ini buat setakat ini.

Jadi jangan panik. Jangan buat pembelian panik. Jangan

Jom sama-sama kita baca :-

Covid-19.

Ramai yang mesej acik. Panik. Takut Malaysia kena lockdown @ perintah berkurung. Apa nak buat sekarang ni acik? Takut sangat rasa.

Kalau tanya acik, ini jawapannya. Yang bertanya, sila baca jawapan acik di sini. Tak larat nak reply satu-satu:

1. Bertenang. Masuk dapur tengok apa yang masih ada. Ambil kertas dan pen, tengok apa yang kurang, senaraikan. Paling utama ialah beras sebab tu makanan ruji kita. Beli lebih sikit daripada biasa. Biasa beli beras 10kg satu beg? Esok pergi beli dua beg. Begitulah. Lebihkan beras kalau ada bajet. Tak perlu beli beras sampai 10 beg. Guna otak, jangan ikut perasaan. Kalau rumah awak selalu ada masalah air, simpan air. Utamakan barang yang penting macam beras, lauk, gula, garam. Kalau ada anak kecik pastikan ada stok susu, pampes. Kalau ada bajet lebih boleh beli makanan dalam tin, bihun, pasta. Kalau ada bajet banyak sikit, boleh beli barang dalam senarai ini:

Ikan bilis
Telur
Tepung
Kurma
Gula
Garam
Ikan masin
Ikan kering
Bawang
Kentang
Kismis
Kacal dal
Kacang hijau
Kacang merah
Makanan dalam tin

2. Ubat-ubatan. Kalau awak sakit dan perlu makan ubat setiap hari, tak boleh terputus ubat, sila tambah stok ubat. Ubat adalah sangat penting selain makanan. Ada bajet beli ubat-ubatan basic sikit macam panadol, painkiller, chi kit teck aun, vicks, bla bla bla.

3. Beli ikut keperluan. Beli apa yang awak perlukan sahaja. Tak guna tisu tandas tak payahlah beli tisu tandas. Duit tu guna untuk barang lain yang awak perlu. Jangan sebab tengok orang lain beli awak pun pakat beli juga.

4. Beli ikut kemampuan. Ukur poket sendiri. Tengok orang memborong sampai 3 troli, jangan awak pun beli sampai 3 troli. Sudahnya kat kaunter orang lain bayar cash, awak pula berhutang bayar dengan kredit kad. Salah tu. Acik tak galakkan buat macam tu.

5. Jangan bergolok-gadai semata-mata nak memborong makanan. Seeloknya jangan jual emas. Gunakan cash yang ada. Kenapa acik cakap macam ni? Supaya awak tak menyesal dikemudian hari.

6. Beli dalam keadaan yang tenang. Jangan berebut. Jangan bertolak-tolak.

7. Ambil barang dalam jumlah yang awak perlukan. Jangan buat benda mengarut seperti borong daging burger sampai 2 troli, beli telur 30 papan, beli tisu tandas 10 pek, beli megi penuh bonet kereta. Banyak mana awak perlu? Beli banyak itu sahaja.

8. Kalau awak beragama islam, solat awal waktu. Ini pesanan penting dari acik. Solatlah diawal waktu. Jangan dilupa. Dalam keadaan genting macam ni solatlah talian hayat yang menghubungkan kita dengan Allah.

Tapi acik, saya takde duit sekarang. Tengah bulan betul-betul kering. Kena tunggu gaji baru dapat beli barang. Saya susah hati tengok orang lain memborong sakan.

Sabar. Bahagian masing-masing. Cuba tengok semula berapa duit yang ada, beli mana yang dapat. Tak boleh beli beras 10kg, beli beras 5 kg atau beras timbang. Atau boleh beli bihun, satu pek lebih kurang RM2 lebih sahaja harganya. Beli setakat yang mampu. Tolak perbelanjaan yang tak diperlukan. Kedai eco ada banyak jual makanan murah dengarnya, boleh cuba tengok di sana.

Pesanan terakhir: tak usah tayang barang yang awak borong di media sosial. Troli penuh, bonet kereta penuh, kabinet dapur penuh. Perbuatan awak akan mencetuskan panik, menyebabkan orang yang tak mampu beli semakin tertekan, dan dalam masa yang sama akan membahayakan awak sendiri. Bahaya macam mana pulak acik? Fikirkan sendiri. Dah dewasa.

Semoga bermanfaat! – Nurul Kasmadillawati Zakaria –

Check Also

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew

Caprice Mohon Maaf Pada Ustaz Ebit Lew. Ibarat kata pepatah buang yang keruh ambil yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.