Home » INFORMASI » Apakah Yang Dimaksudkan Dengan TERAJU

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan TERAJU

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan TERAJU? Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) ialah unit strategik di Jabatan Perdana Menteri bertujuan menerajui, memacu dan menyelaras penyertaan Bumiputera dalam ekonomi negara selaras dengan Pelan Transformasi Negara.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan TERAJU
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan TERAJU

TERAJU merupakan sekretariat kepada Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. TERAJU dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga kini, TERAJU menyediakan peluang perniagaan, pembiayaan perniagaan dan pembangunan modal insan, pelaburan swasta dan penciptaan nilai melebihi RM 108 bilion. Inisiatif ini dilaksanakan melalui pelbagai kementerian, sektor swasta, agensi-agensi kerajaan pelbagai peringkat dan Koridor Ekonomi.

Selain itu, TERAJU juga mengadakan kolaborasi dan menentukan Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera dilaksanakan oleh GLIC / GLC melalui Khazanah Nasional Berhad yang menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Putrajaya Bagi Prestasi Tinggi GLC (PCG).

Rumusan secara ringkas apa itu TERAJU oleh pemilik FB Mohd Zulfan Irfan

1. Ia satu inisiatif kerajaan PM Najib Razak untuk bantu usahawan Bumiputra bergerak lebih jauh.

2. Dengan sponsor sehingga Rm 500k, banyak yang boleh usahawan lakukan.

3. Yang perlu dilakukan hanyalah memenuhi syarat dan perlu ada pelan pelaksanaan yang mantap termasuk bajet pengurusan, perlebanjaan, target pulang modal, etc.

4. Contohi pembentangan pemenang “Business Model Terbaik” intervarsity yang baru sahaja tamat baru-baru ini.

5. Ia hanya sesuai untuk usahawan yang betul2 serius. bukannya usahawan yang hanya mahukan wang tersebut then buat benda lain.

6. Sebab itu syaratnya sangat ketat. Ramai kata susah nak lepas. Macam mana lah orang boleh fikir boleh dapat duit setengah juta semudah taip kertas kerja?

7. Nak berjaya kena serius dan kerja keras. Ia tak tergunapakai untuk yang tak serius.

8. Zaman PM Tun Razak, program yang hampir sama dilaksanakan tapi bukan dalam bentuk wang. Ia dalam bentuk “TANAH FELDA”.

9. Jika anda mahu jadi seperti peneroka2 Felda sekarang ini. Anda kena berkerja keras seperti mereka juga.

Maklumat lanjut mengenai TERAJU anda hanya perlu layari sahaja lawan sesawang rasmi TERAJU di sini : http://www.teraju.gov.my/

Check Also

Urusniaga ASNB Ditangguh bermula 18 Disember 2019

Urusniaga ASNB Ditangguh 18 Disember 2019

Urusniaga ASNB Ditangguh 18 Disember 2019. Adalah dimaklumkan kepada semua pelabur tidak kira ASB atau …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.