Home » BERITA » Arab Saudi Putus Hubungan Diplomatik Dengan Iran

Arab Saudi Putus Hubungan Diplomatik Dengan Iran

Arab Saudi Putus Hubungan Diplomatik Dengan Iran
Arab Saudi Putus Hubungan Diplomatik Dengan Iran

Satu lagi tamparan hebat buat kuasa besar negara Arab iaitu Arab Saudi dan juga Iran. Berita yang agak mengejutkan bagi duni tetapi rasanya berita seperti yang dimahukan oleh negara-negara barat. Jom kita baca berita berkaitan Arab Saudi Putus Hubungan Diplomatik Dengan Iran yang dipetik dari Berita Harian Online.

DUBAI: Arab Saudi memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran semalam susulan serbuan ke atas kedutaannya di Tehran oleh penunjuk perasaan negara itu berikutan tindakan Arab Saudi melaksanakan hukuman mati ke atas seorang ulama terkemuka Syiah.

Menteri Luar Arab Saudi, Adel al-Jubeir, berkata diplomat Iran sudah diarah meninggalkan Arab Saudi dalam tempoh 48 jam. Katanya, duta Arab Saudi pula sudah meninggalkan Iran dan tiba di Dubai dalam perjalanan pulang ke tanah air awal pagi ini.

Pemimpin tertinggi Syiah, Ayatollah Ali Khamenei, meramalkan “pembalasan Tuhan” atas kematian Sheikh Nimr al-Nimr, seorang yang lantang mengkritik pemerintahan monarki Arab itu. – Reuters

 

Check Also

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik?

Rafizi Tinggalkan Dunia Politik? Biar betul Rafizi Ramli ni. Habis rakyat perlukan anda untuk tunggu …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.