Home » SUKAN » Arjen Robben Bersara Dari Dunia Bola Sepak

Arjen Robben Bersara Dari Dunia Bola Sepak

Arjen Robben Bersara Dari Dunia Bola Sepak. Pemain sayap, Arjen Robben mengumumkan persaraannya di usia 35 tahun selepas menghabiskan 10 tahun bersama gergasi Jerman, Bayern Munich.

Arjen Robben Bersara Dari Dunia Bola Sepak
Arjen Robben Bersara Dari Dunia Bola Sepak

“Jelas ini adalah keputusan paling sukar perlu saya buat dalam karier saya, hati saya berkata ya, badan saya kata tidak,” kata Robben kepada Telegraaf dengan kontraknya bersama Bayern berakhir 30 Jun lalu.

Robben mengharungi 96 perlawanan bersama skuad kebangsaan Belanda, menjaringkan 37 gol dan menjadi tonggak ketika pasukan itu mara ke final Piala Dunia 2010 dan menamatkan saingan di tangga ketiga, empat tahun kemudian.

Dia memenangi dua gelaran Liga Perdana bersama Chelsea di bawah kendalian Jose Mourinho pada 2005 dan 2006 sebelum menjulang gelaran La Liga bersama Real Madrid.

Tetapi Robben, yang juga produk akademi Groningen paling diingati ketika beraksi bersama Bayern di mana dia menjulang lapan gelaran Bundesliga, lima trofi Piala Jerman, Liga Juara-Juara 2013 dan meledak 144 gol dalam 309 penampilan.

Timbul spekulasi yang Robben akan terus bermain dan berkemungkinan kembali ke England tetapi dia memutuskan untuk menggantung but selepas sering dilanda kecederaan.

“Ketika ini saya cergas dan sihat dan seperti peminat sukan yang lain, saya mahu meneruskannya pada masa depan,” kata Robben.

Di Bayern, gandingannya bersama seorang lagi pemain sayap, Franck Ribery antara paling digeruni dan diberi julukan ‘Robbery’.

“Terima kasih, danke, merci, dankjewel @arjenrobben,” tulis Ribery, 36 yang kontraknya bersama Bayern turut berakhir pada bulan lalu di Twitter. “Rakan sepasukan @FCBayern terbaik bagi saya. #Robbery tidak akan dilupakan! Karier yang menakjubkan kawan, kini nikmati masa kamu di luar padang.”

Robben mengucapkan selamat tinggal kepada bola sepak antarabangsa selepas Belanda gagal layak ke Piala Dunia 2018. – AFP/BH

Check Also

Live Streaming PKNS FC vs Terengganu

Live Streaming PKNS FC vs Terengganu

Live Streaming PKNS FC vs Terengganu Piala Malaysia 17 September 2019. Jangan lupa kepada peminat-peminat …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.