Home » SUKAN » Arsenal VS Chelsea Di Final Europa League 18/19

Arsenal VS Chelsea Di Final Europa League 18/19

Arsenal VS Chelsea Di Final Europa League 18/19. Arsenal menempah tiket ke final Liga Europa bertemu Chelsea selepas gol hatrik Pierre-Emerick Aubameyang mengakhiri harapan Valencia dalam satu perlawanan dramatik, awal pagi ini.

Arsenal VS Chelsea Di Final Europa League 18/19
Arsenal VS Chelsea Di Final Europa League 18/19

Ketinggalan agregat 3-2 daripada perlawanan pertama, Valencia bermula baik di Stadium Mestalla apabila Kevin Gameiro menjaringkan gol pembukaan sebelum Aubameyang dan Alexandre Lacazette masing-masing menjaringkan satu gol dalam tempoh 40 minit selepas itu.

Gameiro kemudian meledak sekali lagi, dengan memberi harapan untuk memperoleh kejayaan sebelum Aubameyang menjaringkan gol keduanya dan melengkapkan hatrik bagi memastikan kemenangan 4-2 dalam perlawanan timbal balik itu dan mara dengan agregat 7-3.

Dua pertembungan pasukan London akan berlangsung dalam final di Baku pada 29 Mei ini yang juga julung kali berlaku dalam sejarah kejohanan.

Selain di Liga Europa, final Liga Juara-Juara juga akan menampilkan dua pasukan dari England apabila Liverpool dan Spurs akan bertemu di Madrid, tiga hari kemudian.

Kemenangan di Sepanyol memberi harapan buat Arsenal untuk beraksi di Liga Juara-Juara pada musim hadapan, yang juga peluang terakhir mereka yang kini ketinggalan tiga mata di belakang Tottenham dan dengan perbezaan lapan jaringan di kedudukan Liga Perdana.

“Kami tidak dapat melayakkan diri ke Liga Juara-Juara (Liga Perdana) tetapi ini adalah satu lagi cara,” kata jurulatih Arsenal, Unai Emery.

“Objektif kami adalah jelas untuk ke Liga Juara-Juara tetapi juga trofi ini. Ia tidak mudah.”

Valencia juga sebelum ini mengharapkan gelaran Liga Europa bagi memberi mereka tiket ke Liga Juara-Juara selepas mereka ketinggalan tiga mata di belakang Getafe, yang akan bertemu Barcelona pada Ahad ini dengan aksi La Liga berbaki dua perlawanan. – AFP

Check Also

Terengganu FC 3 PJ City FC 5 Buat Penyu Menangis

Terengganu FC 3 PJ City FC 5 Buat Penyu Menangis

Terengganu FC 3 PJ City FC 5 Buat Penyu Menangis. Terengganu FC (TFC) harus menyalahkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *