Home » HIBURAN » Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Di Jakarta

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Di Jakarta

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Di Jakarta. Satu lagi perkhabaran sedih dunia hiburan tanah air. Pelakon terkenal, Ashraf Sinclair meninggal dunia pada awal pagi Selasa akibat serangan jantung di Jakarta, Indonesia.

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Di Jakarta

Menurut laporan KompasTV, kematian Ashraf, 40, disahkan pengurus Bunga Citra Lestari, Doddy menerusi perbualan aplikasi WhatsApp.

“Iya (benar meninggal). Serangan jantung,” katanya.

Jenazah suami kepada Bunga Citra Lestari itu masih berada di Rumah Sakit MMC Kuningan.

Susulan berita menyayat hati itu, Instagram peribadi milik Ashraf dan isterinya, Bunga Citra Lestari dibanjiri oleh komen-komen ucapan takziah.

Ashraf atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair lahir di London, England pada 18 September 1979.

Beliau mengahwini penyanyi Bunga Citra Lestari pada 2008.

Hasil pernikahan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Noah Sinclair. -Astro Awani-

Check Also

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19

Zed Zaidi Didakwa Sebar Berita Palsu Covid 19. Anda kenal Zed Zaidi? Zed Zaidi merupakan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.