Home » Uncategorized » Awie Dituduh Pukul Isteri Di Mahkamah Hari Ini

Awie Dituduh Pukul Isteri Di Mahkamah Hari Ini

Awie Dituduh Pukul Isteri Di Mahkamah Hari Ini

KUALA LUMPUR 3 Julai – Penyanyi rock, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, akan dihadapkan ke Mahkamah Ampang esok (hari ini ) atas tuduhan memukul isterinya.

Awie sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Sebelum ini, akhbar melaporkan mengenai seorang rockers yang didakwa mengasari isteri sendiri dalam satu kejadian di sebuah bank di Ampang, Selangor awal Jun lalu.

Berikutan laporan tersebut, ramai yang menuding jari mengatakan individu tersebut adalah Awie. Namun vokalis kumpulan Wings itu menafikan dakwaan tersebut.

Bagaimanapun ketika kontroversi mengenai perkara tersebut semakin reda, tiba-tiba tersebar pula tiga keping gambar didakwa isteri Awie, Rozana Misbun dalam keadaan yang menyedihkan.

Gambar-gambar yang mamaparkan wajah dan telinganya berdarah yang dipercayai akibat dipukul itu kini berlegar di Internet.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad ketika dihubungi mengesahkan Awie akan dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.

“Kita telah melengkapkan kertas siasatan dan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Kita diarahkan bawa Awie untuk dituduh di mahkamah secepat mungkin dan kita cuba bawa dia esok,” katanya.-Utusan

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

2 comments

  1. salam. ish ish ish..betul ke awie pukul bini..?

  2. Sanggup Awie belasah isteri sendiri. Kawa kaw punya balun pulak tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.