Home » Uncategorized » Azmin Ali Dilantik Sebagai Menteri Besar Baru Selangor

Azmin Ali Dilantik Sebagai Menteri Besar Baru Selangor

Azmin Ali Dilantik Sebagai Menteri Besar Baru Selangor

KUALA LUMPUR: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa , Mohamed Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu, berkuatkuasa esok.
Perkara itu terkandung dalam surat pemberitahuan pelantikan daripada Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, kepada Timbalan Presiden PKR itu hari ini.
Salinan surat berkenaan diedarkan kepada media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya sebentar tadi.
Mohamed Azmin diminta hadir ke Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Menteri Besar Selangor di Istana Alam Shah, Klang pada 10.30 pagi esok.
Mohamed Azmin akan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.-BH Online-

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

One comment

  1. Walau pelbagai tohmahan didengari, beliau telah mula bertempat dihati rakyat. Moga Selangor bertambah maju di bawah pimpinan beliau. Aamiin…

Leave a Reply to Ieta Mat Saad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.