Siapa sangka rekod 100 meter dalam acara pecut selama 17 tahun akhirnya berjaya dipecahkan oleh seorang atlit muda iaitu Badrul Hisham Manap. Untuk berita penuh berkaitan perkara ini jom kita sama-sama baca Badrul Hisham Pecah Rekod Watson Nyambek yang dipetik dari portal berita terkenal di Malaysia.
Setelah 17 tahun rekod raja pecut Malaysia dalam acara 100 meter dipegang Watson Nyambek, akhirnya semalam rekod itu berjaya dipecahkan seorang lelaki Melayu, Badrul Hisham Manap.Badrul yang berusia 18 tahun telah berjaya mencipta rekod baru kebangsaan apabila merakam 10.29s dalam lariannya dan berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Sukan Sekolah Asean (ASG2015) di Bandar Sri Begawan (Brunei), semalam.
Pelari yang berasal dari Melaka ini berjaya memadamkan rekod Watson 10.30 saat yang dicipta pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia pada tahun 1998.Beliau tiba di garisan penamat acara riben biru diikuti rakan senegara Asnawi Hashim (10.71s) dan ketiga pelari Thailand, Worawut Salabal (10.87s).
Setakat ini Malaysia meraih dua pingat emas dalam acara renang, sekali gus menyaksikan kontinjen negara kini berada di kedudukan kedua di belakang Indonesia, dengan kutipan lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa. Tahniah diucapkan kepada pelari-pelari pecut negara dalam kejohanan ini kerana telah mengharumkan nama Malaysia.