Home » Uncategorized » Banjir Di Pahang Semakin Teruk

Banjir Di Pahang Semakin Teruk

Semalam aku ada update berkenaan banjir di sekitar Pahang terutamanya di Kuantan. Hujan masih lagi tidak berhenti dan banyak kawasan rendah di sekitar Kuantan telah dinaiki air.

Maklumat dari family mertua aku rumah mereka di area BT 6 Jalan Gambang berhampiran Terus Maju juga telah dinaiki air kira-kira jam 8 pagi tadi. Penduduk sekitar juga dikatakan sudah mula menyelamat kan barang dan diri masing-masing.

nuffnang_bid = “916a2e237c14137532c88b76c8203b65”;

   

Tempat-tempat lain juga khabar nya telah dinaiki air dan ada beberapa jalan sudah tidak boleh dilalui kenderaan seperti Jalan Tanah Putih sebelum jambatan dan jalan gambang di persimpangan Gambang Resort.

Mari kita doa kan keselamatan kepada mereka yang terlibat dengan situasi banjir tidak kira di mana mereka berada. Mohon semua yang terlibat juga sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan. Lebih info mohon rujuk page FB Kuantan

Seri Damai Perdana BT 6 Kuantan

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

One comment

  1. jam 12 hujan makin lebat…
    air makin naik jawabnyer nie…
    smoga suma slamat bro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.