Home » Uncategorized » Banjir Surut Buaya Depan Rumah

Banjir Surut Buaya Depan Rumah

 

Banjir Surut Buaya Depan Rumah

Buaya depan rumah anda? Inilah yang terjadi di Kampung Bukit Lada, Chenor Pahang. Banjir Surut Buaya Depan Rumah. Kita ikuti berita penuh dari Sinar Harian berserta gambar.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

CHENOR – Gempar ‘sambut’ tetamu tak di undang, begitulah yang dialami penduduk Kampung Bukit Lada dekat sini apabila seekor buaya tiba-tiba muncul di hadapan rumah seorang penduduk kira-kira jam 12 tengah malam, kelmarin.

Sang bedal dewasa jenis Julung-julung sepanjang 2.6 meter dengan berat hampir 80 kilogram itu dipercayai terkandas di rumah penduduk berkenaan yang baharu surut banjir.

Hindun Said, 55, berkata, ketika kejadian, dia berada di beranda tingkat atas rumah sambil mengemas pakaian sekolah anak sementara suaminya tidur berdekatan.
Menurutnya, bunyi mencurigakan di garaj menyebabkan dia mengesyaki sesuatu yang pada awalnya disangka pencuri motosikal.

“Masa sedang kemas baju sekolah anak, saya terdengar bunyi pelik… bunyi macam ada sesuatu melanggar motosikal. Tak lama lepas tu, bunyi ayam riuh kedengaran.

Bunyi riuh ayam yang sedang tidur di atas pokok depan rumah bingit dan aneh. saya mula rasa tak sedap hati…

“Elok saja saya berpaling tengok apa yang berlaku, saya langsung terkejut yang amat! Saya nampak ada sekor buaya di halaman rumah. Masa tu, rasa seram sejuk satu badan.

Dalam panik tu, saya terus jerit ‘buaya!’ dan gegas kejutkan suami yang tengah nyenyak,” katanya menceritakan pengalaman tidak diguna tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Cawangan Kampung Bukit Lada, Mohd Nor Azanizam Mat Dris berkata, berikutan kejadian tersebut penduduk kampung berkenaan telah membantu anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menangkap buaya berkenaan dengan mengikat bahagian mulut dan kaki haiwan berkenaan menggunakan tali.

Menurutnya, buaya tersebut ‘ditambat’ di tiang elektrik sehingga pagi sebelum diambil pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Dalam pada itu, Pengarah Perhilitan Pahang, Khairiah Mohd Sharif mengesahkan penangkapan buaya berkenaan.

Menurutnya, buaya spesies Malayan Gharial itu merupakan spesies yang dilindungi sepenuhnya.

“Ia dilepaskan semula ke habitat asal yang jauh dari kawasan penempatan,” katanya.-Sinar Harian-

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.