Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 20 Mei 2020 - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 20 Mei 2020

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 20 Mei 2020

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 20 Mei 2020. Berita baik kepada semua penjawat awam negara kita. Bagi meringankan beban kerajaan akan membayar bantuan khas Aidilfitri 2020 pada 20 Mei 2020.

Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 20 Mei 2020
Bantuan Khas Aidilfitri Penjawat Awam 20 Mei 2020

Bantuan Khas Aidilfitri 2020 bernilai RM500 akan dibayar kepada penjawat awam pada 20 Mei ini, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Katanya, bantuan itu membabitkan pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah.

Turut menerima bantuan khas adalah pesara kerajaan yang menerima pencen, bernilai RM250.

“Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 dipanjangkan kepada pekerja sambilan harian (PSH) yang masih berkhidmat dengan syarat tempoh kontraknya sudah berkuat kuasa sekurang-kurangnya 30 hari berturut-turut.

“Pesara yang dilantik semula secara perkhidmatan kontrak dan masih berkhidmat pada 20 Mei juga layak terima sebanyak RM500.

“Pembayaran sebanyak RM250 akan dibuat Jabatan Perkhidmatan Awam dan bakinya sebanyak RM250 akan dibayar jabatan di mana pegawai sedang berkhidmat,” katanya menerusi Pekeliling Perkhidmatan Awam, hari ini.

Mohd Khairul Adib berkata, pegawai yang ditahan kerja, digantung kerja atau surat pertuduhan sudah

dikeluarkan Pihak Berkuasa Tatatertib ditangguhkan daripada menerima bantuan itu.

Katanya, mereka hanya layak diberi bantuan terbabit sekiranya Pihak Berkuasa Tatatertib mendapati pegawai berkenaan tidak bersalah.-Metro-

Check Also

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai  

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai

Channel Youtube Sugu Pavithra Jadi Ikutan Ramai rakyat Malaysia terutama rakyat Malaysia yang berbangsa melayu. …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.