Home » BERITA » Bantuan Sara Hidup RM100 Golongan Bujang

Bantuan Sara Hidup RM100 Golongan Bujang

Bantuan Sara Hidup RM100 Golongan Bujang. Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 sebanyak RM100 akan diberikan kepada individu di bawah kategori bujang pada hujung Mac ini, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Bantuan Sara Hidup RM100 Golongan Bujang

Menterinya, Lim Guan Eng berkata, bayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima dan bantuan berkenaan memberi manfaat kepada lebih tiga juta individu dengan peruntukan sebanyak RM300 juta.

Menurutnya, berhubung dengan bayaran selanjutnya, kadar bantuan BSH bagi 2019 untuk golongan bujang akan dikaji semula dan dibentangkan kepada Jemaah Menteri sebelum ianya dimuktamadkan.

“Berdasarkan keputusan Kabinet pada tahun lalu, kerajaan telah menyediakan BSH pada tahun ini dengan mengutamakan keluarga dan telah menyediakan kadar tambahan mengikut bilangan anak di bawah tanggungan.

“Namun begitu, Perdana Menteri telah menekankan bahawa isu tekanan kos sara hidup perlu diberi perhatian bagi semua yang berkeperluan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, Timbalan Presiden Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menyarankan supaya turut dibantu anak muda yang belum berkahwin dan bekerja tetapi berpendapatan kecil.

Menurutnya, lantaran saranan tersebut, kerajaan telah memutuskan akan membuat bayaran sebanyak RM100 sebagai permulaan kepada setiap individu yang terdaftar di bawah kategori bujang dalam pangkalan data BSH 2018.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut. – K! ONLINE

Check Also

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa

Lelaki Tweet Nora Anne Dirogol Orang Asli Didakwa di mahkamah. Betul lah kata orang-orang tua …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.