Home » Uncategorized » Bazaar Ramadhan di Temerloh

Bazaar Ramadhan di Temerloh

Assalamualaikum WBT

Sebut sahaja bulan Ramadhan begitu banyak cerita disebalik nya kan. Alhamdulillah sudah hari ke 7 kita semua umat Islam telah berpuasa.Rasa nya begitu cepat masa berlalu.Rasa baru semalam je pengumuman tarikh berpuasa dibuat.

Bercerita tentang Ramadhan.Antara perkataan yang sering dikaitkan dengan Ramadhan adalah seperti bulan mulia, keberkatan, puasa, terawih dan bermacam-macam lagi.Dan termasuk la tempat kita semua membeli juadah berbuka iaitu Bazaar Ramadhan atau singkatan nya Param.

Sebenarnya sejarah bagi aku pada puasa tahun ini.Sebab dah 6 hari kita berpuasa tapi aku belum jejak lagi kaki ke bazaar ramadhan.Aku pun tak tau kenapa.Tapi bak orang kata la bila dah pergi bazaar ni mula la semua nya nampak sedap walaupun kadang-kadang hakikatnya adalah sebaliknya.

Mungkin lepas ni kot nak turun bazaar ramadhan.Tengok la kalau-kalau isteri aku nak makan apa-apa yang dia tak boleh buat sendiri kena la cari kat bazaar jugak kan.Jadi kepada sesiapa yang bujang-bujang tu baik kawin cepat.Tak payah gi bazaar dah.Tiap hari ada orang masakan makanan untuk berbuka di rumah. 

Bazaar Ramadhan di kawasan Temerloh ( Yang aku tau )
-Simpang Semantan
-Taman Temerloh Jaya
-Tapak Pasar Sehari

Nak jugak pergi nanti.Rasa macam tak lengkap kalau time bulan puasa tak pergi bazaar kan 😉

Selamat berpuasa

Check Also

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan

MH370 : Pengumuman Khas DCA Dibatalkan Baru tadi admin kongsikan link live streaming tentang pengumuman …

5 comments

  1. Aku plak hari-hari gi bazar ramadhan walau dah kawen…..maklum la….wife still berpantang kat kampung…..selamat berpuasa bro….-AT

  2. Salam ramadhan Phat..
    ermm betul la tu kalau dah ke param tu kadang2 napsu mmg tak bleh nak dikawal..
    baik masak sendiri je lagi jimat.. lagi2 skrg ni kat param tu harga kemain mahal2.. nyampah ;(

  3. fyna selalu masak kat rumah. jarang nak pergi bazaar. ^_^

  4. Some bazar kt kl x menepati citarasa…sgt2 terbantut niat nk ke bazar…x mcm di kampung serba serbi semuanya dibuat dgn bersungguh2… 🙂

  5. sama la..sjak puasa ni lgsung xjejak lg bazar..huhu..sbb rsnya ckup da mkn nasi ngn lauk mskn mak sy..kyg giler kot da xley sumbat mknn lain..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.