Bekas Bintang Arsenal Reyes Maut Akibat Kemalangan. Bekas bintang Arsenal, Real Madrid dan Sepanyol, Jose Antonio Reyes terbunuh akibat kemalangan kereta, kata kelab tempat kelahirannya, Sevilla hari ini.
Reyes sekarang berusia 35 tahun.
Reyes, yang mencipta populariti di Sevilla sebelum berhijrah ke Arsenal diikuti ke Real dan Atletico Madrid, kini bersama kelab divisyen dua Sepanyol, Extremadura.
“Kami mengesahkan berita paling buruk. Bintang disayangi Sevilla, Jose Antonio Reyes meninggal dunia dalam kemalangan. Bersemadi dengan aman,” kata kenyataan Sevilla menerusi Twitter.
Extremadura juga mengumumkan berita sama.
“Dengan sedih kami umumkan berita pemain kami Jose Antonio Reyes meninggal dunia akibat kemalangan kereta dan kami harap anda berdoa untuknya,” kata kelab berkenaan. – BH