Home » BERITA » Bekas CEO SSM Hadapi Tuduhan Rasuah RM5.7 Juta

Bekas CEO SSM Hadapi Tuduhan Rasuah RM5.7 Juta

Bekas CEO SSM Hadapi Tuduhan Rasuah RM5.7 Juta. Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Datuk Zahrah Abd Wahad Fenner mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas 33 pertuduhan menerima rasuah berjumlah lebih RM5.7 juta termasuk antaranya untuk meluluskan penganjuran beberapa program di bawah agensi itu.

Bekas CEO SSM Hadapi Tuduhan Rasuah RM5.7 Juta
Bekas CEO SSM Hadapi Tuduhan Rasuah RM5.7 Juta

Anak lelakinya, Abdulazeez Wan Ruslan turut mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menerima rasuah dan bersubahat dengan Zahrah untuk menerima suapan.

Zahrah, 60, dan Abdulazeez, 33, membuat pengakuan itu sebaik saja pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga sepuluh, Zahrah sebagai CEO SSM didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1,009,000.00 daripada Ramulianto Mohram, melalui Mohamad Shahren Mohamad Yusri sebagai upah bagi meluluskan permohonan untuk menganjurkan Program Online Networking Entrepreneurs SSM (ONE SSM) 2015, 2016, 2017 dan 2018.

Bagi pertuduhan ke-11 hingga ke-15, Zahrah didakwa menerima wang tunai berjumlah RM1.65 juta daripada Ramualianto melalui Mohamad Shahren sebagai upah bagi meluluskan perlantikan syarikat SSJ Niaga, Desa Nirwana, Idea Resources (M) Sdn Bhd, Ikhlas Padu Sdn Bhd, bagi program Perkhidmatan Pengiklanan Papan Tanda LED Komersil SSM negeri Kedah, Melaka, Perak, Johor, antara April 2017 dan Mei 2018

Berdasarkan pertuduhan ke-16 hingga ke-21, tertuduh didakwa memperoleh suapan berjumlah RM2,020,000.00 daripada Ramualianto melalui Mohamad Shahren sebagai upah meluluskan perlantikan syarikat Ikhlas Padu Sdn Bhd; Desa Nirwana Sdn Bhd; SSJ Niaga bagi kelulusan Memperbaharui Terma dan Syarat Pengiklanan Papan Tanda LED Komersil bagi SSM Johor, Melaka, Kedah, antara Jun dan Disember 2018

Manakala bagi pertuduhan ke-22 hingga ke-27, Zahrah didakwa memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM400,000 daripada Ramualianto melalui Mohamad Shahren sebagai upah meluluskan permohonan menganjurkan program Karnival Youngpreneurs, Go! (YPGo) anjuran SSM di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP); Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Universiti Kuala Lumpur ( UniKL); Uniten Pahang, UMS Sabah, Politeknik Kota Bharu Kelantan, antara Mac 2017 dan Mac 2019.

Pertuduhan ke-28 pula, Zahrah didakwa memperoleh suapan wang tunai berjumlah RM200,000 daripada Ramulianto melalui Mohamad Shahren bagi meluluskan syarikat Marikaya Enterprise untuk perolehan bagi perkhidmatan pengurusan acara Bizfair SSM peringkat Sabah, pada Mei 2018.

Pertuduhan ke-29, Zahrah didakwa menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM279,000 bagi anak lelaki tertuduh, Abdulazeez melalui Mohd Fadzly Abdul Hamid dengan memberi arahan untuk memilih sebut harga yang dibawa Mohd Fadzly bagi melaksanakan beberapa projek yang Abdulazeez mempunyai kepentingan secara langsung, antara 2015 hingga 2017.

Manakala pertuduhan ke-30, Zahrah didakwa bersubahat dengan anak lelakinya, menerima suapan wang tunai RM15,0000 daripada Pengarah Syarikat Fixme Coach Sdn Bhd, Samhan Adnan sebagai upah kelulusan Perolehan Permohonan Pembangunan Portal Online Networking Entrepreneurs (ONE Portal) yang diberikan pada Mac 2018.

Pertuduhan ke-31, tertuduh didakwa menerima suapan wang tunai RM70,000 daripada Samhan bagi meluluskan Memorandum Dalaman Seksyen Komunikasi Korporat Bahagian Strategi & Komunikasi Korporat kepada Kelab Kecergasan MyFit bagi penganjuran SSM BizRun 2018, pada 6 Februari 2018.

Manakala pertuduhan ke-32 dan ke-33, Zahrah didakwa menerima RM25,000 dan RM50,000 untuk Skateboarding Development Malaysia Plt milik Abdulazeez, masing-masing daripada Syarikat Big Dataworks Sdn Bhd serta Syarikat Prima Arenaniaga Sdn Bhd, antara 16 Ogos dan 21 September 2017.

Sementara itu di mahkamah sama, anak lelaki Zahrah, Abdulazeez turut mengaku tidak bersalah atas menerima suapan masing-masing RM15,000 dan RM70,000 daripada Samhan iaitu Pengarah Syarikat Fixme Coach Sdn Bhd (kemudian dikenali sebagai Pocket Trade Sdn Bhd dan Presiden Kelab Sukan Kecergasan Myfit melalui Mohd Fadzly Abdul Hami. – Metro Online –

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.