Home » PERNIAGAAN » Beli Dulu Bayar Kemudian Di Shopee SPayLater

Beli Dulu Bayar Kemudian Di Shopee SPayLater

Beli Dulu Bayar Kemudian Di Shopee SPayLater. Sedap bunyi nya ayat ini. Beli dulu bayar kemudian. Jika kita hayati maksud sebenar ia adalah HUTANG.

Beli Dulu Bayar Kemudian Di Shopee SPayLater

SPayLater adalah ciri terbaru yang diperkenalkan oleh Shopee dalam platform perniagaan online mereka.

Ia merupakan sebuah ciri yang memfokuskan pengguna untuk membeli barang terlebih dahulu, dan membayar kemudian. Dengan langkah ini, anda boleh melakukan pembelian terlebih dahulu sementara gaji anda masih belum masuk – dan membayarnya pada kemudian masa.

Shopee mengatakan pengguna perlu melakukan pembayaran sebelum 10 haribulan setiap bulan.

Shopee menjelaskan bahawa SPayLater terbuka kepada warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas, dan mempunyai MyKad yang sah. Seterusnya, anda perlu melakukan pengaktifan melalui aplikasi mudah-alih.

Sebaik sahaja diaktifkan, pengguna akan diberikan had belanja masing-masing untuk tujuan SPayLater. Selepas diaktifkan, pengguna akan ditawarkan pilihan bayaran melalui SPayLater ketika melakukan pembelian di Shopee.

Untuk tujuan beli dahulu, bayar kemudian, tiada sebarang caj pemprosesan. Tetapi, untuk pilihan ansuran, pengguna akan dikenakan caj sebanyak 1.25% sebulan berula bulan kedua. Pengguna juga akan dikenakan caj 1.5% sekiranya lewat membayar pada sesuatu bulan.

Maklumat lanjut layari : SPayLater

Check Also

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia. Berikut adalah harga baru bagi semua model kereta …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.