Home » BERITA » Berita Umur 31 Dikategorikan Warga Emas Adalah Palsu

Berita Umur 31 Dikategorikan Warga Emas Adalah Palsu

Berita Umur 31 Dikategorikan Warga Emas Adalah Palsu. YB Syed Saddiq Tidak Pernah Keluar Kenyataan tentang umur 31 adalah warga emas. Rabu lalu, Rang Undang-undang (RUU) yang dibawa oleh Kementerian Belia dan Sukan berkenaan takrifan belia telah meminda takrif ‘belia’ dan ‘pertubuhan belia’ untuk menurunkan had umur maksimum belia dan anggota pertubuhan belia daripada 40 tahun kepada 30 tahun.

Berita Umur 31 Dikategorikan Warga Emas Adalah Palsu
Berita Umur 31 Dikategorikan Warga Emas Adalah Palsu

Walau bagaimanapun, pengendali laman sosial Facebook milik Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq menafikan gambar menteri itu berserta nota berkenaan penakrifan baharu rakyat berumur 31 yang sedang tular itu.

“YB Syed Saddiq tidak pernah mengeluarkan kenyataan berikut. Kenyataan ini adalah kenyataan Palsu,” kata kapsyen gambar tersebut yang dimuat naik lewat malam semalam.

Cadangan takrifan usia warganegara berumur 31 kepada warga emas seperti yang tular dengan gambar Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi ‘troll’ di laman media sosial Facebook.

Warganet yang menganggap perkara itu sebagai satu perkara yang lucu kebanyakannya membuat perkara itu sebagai satu bahan lawak.

Berikut merupakan antara status-status yang dimuat naik warganet:

“Kalau 31 warga emas, aku ni tahap nyanyuk la.”

“Walaupun aku sudah warga emas, aku tetap hensem (kacak).”

“Siapa warga emas kita sama.”

“Kalau 31 diiktiraf sebagai warga emas, agak-agak intan tu kategori warga ‘diamond’ ke?” -Utusan Online-

Check Also

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen

Video Tular Haziq Dan Dikatakan Menteri Tulen. Video intim yang melibatkan bekas Ketua Angkatan Muda …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.