slot pulsa

idn poker

slot gacor gampang menang

slot server vietnam

sbobet88

slot garansi kekalahan

mahjong ways

pragmatic play

bonus new member

slot777

gates of olympus slot

slot resmi

slot88

https://www.sunrisechinesefoodma.com/

Bersatu Dan Umno Bentuk Kerajaan Baru Di Johor - Berita Viral Terkini

idn poker

slot kamboja

spaceman slot

Home » BERITA » BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor

BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor

BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor. Susulan kemelut politik yang melanda negara kita beberapa buah negeri juga turut mengalami perubahan dalam pembetukan kerajaan.

BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor
BERSATU Dan UMNO Bentuk Kerajaan Baru Di Johor

Salah satu negeri yang terlibat adalah negeri Johor. Mari kita ikuti kenyataan rasmi daripada Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Johor berkaitan dengan perkara ini.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Ekoran daripada pengumuman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Februari 2020, yang parti tersebut telah keluar daripada Pakatan Harapan, maka kedudukan Kerajaan Pakatan Harapan di negeri Johor turut terjejas dan hilang majoriti menjadikan kerajaan yang tergantung.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad, telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor pada 26 Februari 2020, memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah diwujudkan bersama beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan berjaya memperolehi bilangan majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu.

Bagi mengesahkan sokongan majoriti tersebut, Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah bertitah supaya diadakan satu sesi temubual bersama setiap ADUN bagi mendengar sendiri sokongan yang diberikan.

Sehubungan itu, satu sesi temubual bersama semua ADUN Johor telah diadakan pada 26 Februari 2020 jam 3.00 hingga 5.00 petang di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru.

Temubual tersebut telah dibuat dihadapan DYMM Tuanku dan disaksikan oleh YB Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Penasihat Undang-undang Negeri Johor.

Setiap ADUN juga dikehendaki menandatangani surat akuan bersumpah bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong parti Pakatan Harapan atau Gabungan Baharu.

Daripada 56 ADUN yang dipanggil, dua orang tidak dapat menghadirkan diri iaitu ADUN Simpang Jeram dan ADUN Puteri Wangsa.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan ADUN Bukit Gambir turut hadir dalam sesi temubual tersebut.

Setelah selesai sesi temubual tersebut, DYMM Tuanku telah berpuas hati bahawa gabungan parti yang baharu telah memperolehi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan, apabila 28 ADUN memilih gabungan baharu, berbanding 26 ADUN memilih Pakatan Harapan.

Oleh yang demikian, gabungan parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon Menteri Besar, sebelum susunan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu dilantik.

DYMM Tuanku berharap agar pentadbiran Kerajaan Negeri Johor segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat di negeri Johor Darul Ta’zim.

Adalah saya dengan hormatnya yang menjunjung titah.

Dato’ Haji Jaba Mohd Noah

27 Februari 2020

Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Johor

SUMBER

Check Also

PH Johor Ada Sokongan 28 Kerusi ADUN  

PH Johor Ada Sokongan 28 Kerusi ADUN

PH Johor Ada Sokongan 28 Kerusi ADUN daripda Amanah, DAP dan PKR. Wow semakin rumit …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Link Slot Gacor

Slot Deposit

https://www.leberslogcabins.com/

mahjong ways

pragmatic play

sbobet

slot mania

slot88