(BERSATU) Keluar Dari Pakatan Harapan. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sah keluar dari Pakatan Harapan. Jom kita sama-sama baca kenyataan menerusi FB rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

KENYATAAN MEDIA
PRESIDEN
PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA
24 FEBUARI 2020
Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dalam mesyuarat khas yang diadakan pada 23 Februari 2020 telah membuat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.
Semua Ahli Dewan Rakyat dari parti BERSATU juga dengan ini keluar Pakatan Harapan. Semua mereka telah menandatangani Akuan Bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada YAB Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.
TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
