Home » BERITA » Betul ke??? Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata

Betul ke??? Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata

TERKINI LAHAD DATU 7 MAC 2013 : SULTAN SULU UMUM GENJATAN SENJATA

Betul ke??? Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata. MANILA: Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu mengumumkan gencatan senjata segera terhadap pencerobohan di Sabah berikutan gesaan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu PBB Ban Ki-moon bagi menamatkan keganasan di Sabah dan mengadakan dialog.

 

“Sultan (Jamalul Kiram III) mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak bagi pihak Kesultanan Sulu bermula pukul 12.30 tengahari Khamis,” kata jurucakap Ibrahim Idjirani, menurut ABS-CBNnews.com. Beliau berkata tindakan ini dibuat sebagai menghormati gesaan setiausaha agung PBB untuk menamatkan keganasan di sana.

Betul ke??? Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata
Betul ke??? Sultan Sulu Umum Gencatan Senjata

Beliau berkata ini adalah “untuk membalas seruan PBB bagi memelihara nyawa.” Ketua PBB juga menyatakan kebimbangan pencerobohan terhadap penduduk awam, termasuk pendatang di rantau ini.

Dalam pada itu beliau turut berharap Malaysia juga akan mengisytiharkan gencatan senjata bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

SUMBER : FYNA

Check Also

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka

Kronologi Penuh Kes Bunuh Kerat 8 di Melaka. Kepala dua beranak yang dibunuh dalam keadaan …

4 comments

  1. kalau betul, alhamdulillah… 🙂

  2. gencatan la sangaaattt kan?tu dah cuak la tu askar dia dah banyak mati

    ahh kasi bunuh la semua satu kali.jangan pisang berbuah dua kali.angkat bendera putih tapi tembak nyuruk2.

    jilakak!

  3. genjatan senjata la sangat…

    eee benci la dengan sultan tiram tuh…..tak tau la sapa punya dalang yang suruh pengganas mengganas kat lahad datu tuu!!

  4. nak memelihara nyawa konon…ramai dah terkorban baru nak fikir pelihara nyawa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.