Home » HIBURAN » Betulkah Dafi Ditangkap Khalwat bersama Pembantu Peribadi?

Betulkah Dafi Ditangkap Khalwat bersama Pembantu Peribadi?

 

Betulkah Dafi Ditangkap Khalwat bersama Pembantu Peribadi?
Betulkah Dafi Ditangkap Khalwat bersama Pembantu Peribadi?

Betulkah Dafi Ditangkap Khalwat bersama Pembantu Peribadi?. Selepas kes Shahz Jaszle ditangkap khalwat oleh pihak JAIS dua minggu lepas, kini giliran Dafi AF pula berhadapan dengan tuduhan sama. Melalui laman utusan malaysia, Dafi didakwa telah ditangkap khalwat bersama pembantu peribadinya merangkap setiausaha dalam satu bilik hotel yang sama.

Dafi AF yang terkejut dengan tuduhan itu menceritakan, kira-kira jam 1.00 pagi Ahad bilik beliau telah diserbu oleh empat orang lelaki yang mengaku mereka anggota pencegah maksiat. Mereka meminta izin untuk menggeledah biliknya kerana mendapat aduan yang beliau tidur sebilik dengan seorang wanita.

Dafi AF yang popular dengan lagu Bila Terasa Rindu memberikan kerjasama untuk mereka menggeledah biliknya kerana percaya beliau tidak bersalah. Selepas memeriksa, anggota pencegah maksiat berkenaan terus beredar dari bilik hotel Dafi AF kerana tidak menjumpai apa-apa bukti yang beliau berkhalwat.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai tidak masuk akal, bagaimanapun Dafi mengakui yang pembantu peribadinya memang seorang wanita. Tetapi mereka hanya berkongsi tingkat hotel yang sama, bukannya berkongsi bilik.

Dafi turut menambah, kejadian tersebut memberi satu pengajaran besar buat dirinya agar lebih berhati-hati. Dia juga berharap agar masyarakat tidak memberi persepsi negatif terhadap selebriti tempatan kerana tidak semua mereka berkelakuan tidak senonoh, dipetik dari rotikaya.

SUMBER

Check Also

Adik Lelaki Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Adik Lelaki Afdlin Shauki Meninggal Dunia

Adik Lelaki Afdlin Shauki Meninggal Dunia Akibat Kemalangan. Salam takziah buat Dato’ Afdlin Shauki dan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.