Home » INFORMASI » Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan TNB

Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan TNB

Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan TNB. Beberapa hari ini terdapat banyak rungutan daripada pengguna domestik elektrik iaitu pengguna rumah biasa tentang kenaikan mendadak kepada bil elektrik mereka. Ini boleh dilihat diruangan komen di media sosial TNB Careline.

Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan TNB
Bil Elektrik Naik Mendadak Ini Penjelasan TNB

Ada netizen yang mendakwa bahawa bil elektrik rumah mereka naik sehingga 300%. Ada juga yang rumah tidak berpenghuni tetapi bil elektrik yang diterima seperti rumah tersebut didiami oleh ramai pengguna.

Oleh hal yang demikian pihak TNB menerusi laman sosial facebook TNB Careline menjawab dan memberi penjelasan tentang perkara ini. Namun penjelasan ini memang tidak boleh diterima pengguna kerana ia seperti dirancang oleh pihak TNB sendiri. Jom kita baca penjelasan tersebut.

Pelanggan yang dihargai,

Jumlah bil elektrik adalah berdasarkan kepada bacaan meter. Sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.

Sebagai contoh:
Tempoh pembilan = 35 hari
Fator prorata dikira: 35/30 = 1.1667
Jumlah unit digunakan: 452 kWh

Berdasarkan kepada pengiraan prorata di bawah, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

Untuk pertanyaan berkaitan bil atau akaun, anda boleh menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454
atau melayari laman web TNB di www.tnb.com.my/faq/bm-pengebilan

Pengiraan Prorata 35 hari

Terima kasih.

Check Also

Live Streaming Bajet 2020 RTM

Live Streaming Bajet 2020 RTM

Live Streaming Bajet 2020 RTM. Setiap tahun seluruh rakyat Malaysia pastinya menunggu pembentangan bajet bagi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.