Biodata Dato Aliff Syukri D Herbs - Berita Viral Terkini
Home » PERNIAGAAN » Biodata Dato Aliff Syukri D Herbs

Biodata Dato Aliff Syukri D Herbs

Terlajak Laris itulah tagline untuk produk keluaran D’Herbs yang mana ia dimiliki oleh seorang anak muda yang dikenali sebagai Aliff Syukri. Siapakah beliau yang dimaksudkan. Sudah pasti iklan-iklan produk D’Herbs yang ber tagline kan “terlajak laris” sentiasa terngiang-ngiang di telinga kita.Jadi mari kita sama-sama baca sendiri Biodata Dato Aliff Syukri D Herbs yang dipetik dari laman web syarikat beliau.

Biodata Dato Aliff Syukri D Herbs

1. PENDIDIKAN

Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang. Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.

2. PERTUBUHAN AWAL SYARIKAT

D’Herbs Holdings (M) (dahulu D’Herbs Healthy Marketing) ditubuhkan pada September 2010 dimana kami hanya beroperasi di lot kedai di tingkat 2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick Rawatan Bibir.Dan kini Kami mengorak langkah maju setapak kehadapan dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35 orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.

Bermula dengan hanya beroperasi di tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan niaga berurusan. Kini D’Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D’Herbs di Kota Damansara dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami sehingga ke seluruh dunia.

3. WAWASAN, MISI DAN OBJEKTIF SYARIKAT

Wawasan Syarikat:
Visi Utama D’Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.

Misi Syarikat:
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D’Herbs

Objektif Syarikat:

Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.
Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.
Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).
Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.

KENAPA D’HERBS MENJADI PILIHAN

Syarikat yang kukuh, telah beroperasi selama 4 tahun dan kini menjadi antara produk terlaris di pasaran
Pelan Pemasaran yang mudah dan menarik
Menyediakan sistem latihan dan bantuan aktiviti
Bonus serta ganjaran menarik dan mampu dicapai
Menyediakan kemudahan sistem online
Mempunyai kilang sendiri dan menghasilkan produk yang berkualiti
Produk pencetus fenomena dengan harga rendah kualiti berbaloi
Peneraju dalam menghasilkan produk Jus Minuman Kesihatan
Komited kepada pengeluaran poduk BERSIH, SUCI dan HALAL
Syarikat berlesen dan milik penuh Bumiputera
Fleksibel dan mudah bertolak ansur dari aspek perniagaan

PROMOSI & PENGIKLANAN:

Kami telah mengiklankan produk D’Herbs di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita, Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan kami telah disiarkan setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kerana kami . Kami juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D’Herbs juga telah menaja program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari Bintang yang disiarkan di Astro dan TV3!

PERKEMBANGAN TAHUN 2012 – 2014

Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi produk D’Herbs di mana kami telah bernaung di bawah Label syarikat Sendirian Berhad dan kami telah mengembangkan perniagaan kami dengan berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih meluas dan berkembang maju.

Kami juga telah membuka beberapa anak syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.

D’Herbs juga telah membuka sebuah syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan dan kami juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan kepuasan pelanggan.

Untuk online atau atas talian, Produk D’Herbs boleh didapati melalui Syarikat Deherbs Global Marketing yang bertanggungjawab dalam urusan belian atas talian www.deherbs.com.my dan www.facebook.com/DeherbsHealthySdnbhd. Terima kasih kepada anda semua diatas sokongan padu dari seluruh Malaysia,Singapura dan Brunei menjadikan D’Herbs Produk No.1 !!

D’herbs bukan sekadar jaguh kampung!
DSC 1069Cakap sahaja D’herbs terus terlintas di fikiran tagline “Terlajak Laris”. Nampak sahaja seperti produk jaguh kampung tetapi produk ini telah menempa nama sebagai produk pilihan orang di Putra Brands Award. Siapa sangka produk D’herbs yang dulunya berada dipasar-pasar tani, kini telah menjadi jenama yang dikenali ramai dan terpahat di dalam hati rakyat Malaysia dari usia muda hingga ke usia emas. Jangan pandang enteng pada produk tempatan. Produk D’herbs bukan sekadar produk kampung, kini produk D’herbs telah diakui ramai. Buktinya D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd telah terpilih untuk menerima anugerah ‘Putra Brand Awards 2015 Bronze’ yang telah berlangsung baru-baru ini. Ini penganugerahan hasil pengiktirafan produk yang telah dipilih oleh orang ramai.

“Saya amat bersyukur produk saya satu-satunya produk tempatan yang dipercayai ramai. Ini adalah pencapaian yang tidak saya sangka-sangka. Penganugerahan ini adalah hasil dari undian pengguna yang meyakini produk D’herbs. Ini membuktikan produk D’herbs bukan sekadar jaguh kampung, tetapi produk D’herbs adalah produk tempatan yang telah dikenali ramai dan sentiasa memenuhi keperluan pengguna” jelas beliau. Beliau akan sentiasa berusaha memperkasakan lagi produk-produk D’Herbs.

“Terima kasih kepada Putra Brand Awards kerana mencalonkan dan menganugerahkan D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd dalam kategori kecantikan dan kesihatan” ujar Dato’ Aliff Syukri yang begitu gembira dengan penganugerahan ini. Bagi beliau ianya bukan perkara yang mudah untuk menerajui D’herbs Holdings (M) Sdn Bhd. Antaranya cabarannya apabila orang lain memandang rendah kewibawaan beliau untuk meneraju D’herbs. Namun beliau tetap bersungguh-sungguh dengan apa yang dilakukan. Beliau juga menetap sasaran untuk setiap perancangannya dalam perniagaan beliau. “Pada usia saya seawal 21 tahun saya telah berusaha membina perniagaan saya sendiri. Walaupun segelintir orang memandang sinis akan kesungguhan dan kewibawaan saya. Namun saya berjaya meyakinkan semua orang bahawa lelaki juga mampu berjaya dalam industri kosmetik.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada pengguna saya yang berada di dalam dan luar bandar seluruh Malaysia, Sarawak, Brunei dan Singapura jasa dan sokongan amat-amat diperlukan. Tanpa anda tiada produk D’herbs dan saya juga ingin menjadikan produk D’herbs sebagai salah satu produk kebanggaan rakyat Malaysia. Anugerah ‘Putra Brand Awards 2015’ adalah anugerah jenama terulung di Malaysia dan ia merupakan anugerah jenama tunggal di Malaysia untuk pengurus jenama dan pemilik jenama. Dilancarkan pada tahun 2010 oleh ‘Association of Accredited Advertising Agents Malaysia’ (4As) dengan kerjasama ‘Malaysia’s Most Valuable Brands’ (MMVB). Pengguna-pengguna akan menentukan jenama kegemaran Malaysia dalam pelbagai kategori. Setiap kategori yang dianugerahkan dengan Emas, Perak dan Gangsa mengikut jenama yang mempunyai pilihan tertinggi. Oleh itu, hakim-hakim Putra Brands Award adalah pengguna-pengguna di kalangan rakyat Malaysia!

 

Check Also

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia  

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia

Senarai Harga Baru Kereta Honda Di Malaysia. Berikut adalah harga baru bagi semua model kereta …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.