Seperti yang sedia semua maklum bahawa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah bersara semalam 4 September 2017. Majlis persaraan Tan Sri Khalid telah diadakan di Pulapol semalam di mana majlis penyerahan tugas kepada Ketua Polis Negara yang baru turut diadakan. Majlis ini disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Jadi siapakah yang menggantikan Tan Sri Khalid? Jom kita lihat serba sedikit Biodata Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun Ketua Polis Negara yang baru yang merupakan Ketua Polis Negara yang ke -11.
Biodata Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun ini adalah serba sedikit dari beliau. Beliau merupakan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman. Majlis serah terima tugas, diikuti penyerahan tongkat kuasa diadakan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) dengan disaksikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Suruhanjaya Pasukan Polis memutuskan Tan Sri Noor Rashid Ibrahim kekal sebagai Timbalan Ketua Polis dengan penjawatan baru dinaikkan kepada Turus 3.Katanya, Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dilantik ke jawatan Pengarah Cawangan Khas.
Turut dilaksanakan, pada ini ialah majlis penyerahan jawatan Pengerusi PERKAP Malaysia, antara Puan Sri Imran Ibrahim dan Datin Seri Azizah Hamdi. Khalid bersara selepas 40 tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia. Sementara itu, Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.
Antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.
Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya, Tan Sri Mohd Bakri Zinin yang bersara wajib. Selepas itu beliau menjawat Pengarah Pengurusan PDRM), seterusnya dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman berkuat kuasa Julai 2015. Beliau menggantikan kedudukan Datuk Seri Akhil Bulat yang bersara ketika itu.