Biodata Haiqal Hanafi Pemenang Emas 100 Meter Sukan SEA Filipina 2019. Pastinya bukan sahaja seluruh rakyat Malaysia tertanya-tanya siapakah sebenarnya Haiqal Hanafi? Begitu juga dengan negara ASEAN yang lain.

Tiba-tiba sahaja Haiqal Hanafi menyumbang pingat emas dalam acara pecut 100 meter Sukan SEA 2019. Ini agak mengejutkan kerana tumpuan sudah pasti diberikan kepada pelari yang lebih senior iaitu Jonathan Nyepa untuk menyumbangkan pingat bagi pasukan negara.
Tetapi inilah realitinya yang Haiqal Hanafi telah pun menyumbangkan pingat emas kepada negara dalam acara pecut 100 meter Sukan SEA 2019 dengan catatan masa 10.35 saat.
Beliau meninggalkan dua pesaing dari Thailand yang mendapat pingat perak dan gangsa dengan catatan masa 10.49 saat dan 10.52 saat. Jom kita kenali siapa sebenarnya Haiqal Hanafi ini.
Nama penuh: Mohd Haiqal Hanafi
Tarikh lahir: 29 April 1999
Umur: 20 tahun (2019)
Tinggi: 169 sentimeter
Acara: 100 meter lelaki, 200 meter lelaki
Asal: Senawang, Negeri Sembilan
Instagram: https://www.instagram.com/haiqallhanafii/ @haiqallhanafii
Tahniah diucapkan kepada Haiqal Hanafi.