Biodata Mohd Sharim Md Zain Calon Bn Prk Dun Chini - Berita Viral Terkini
Home » BERITA » Biodata Mohd Sharim Md Zain Calon BN PRK DUN Chini

Biodata Mohd Sharim Md Zain Calon BN PRK DUN Chini

Biodata Mohd Sharim Md Zain Calon BN PRK DUN Chini. Jom kita kenali secara dengan lebih dekat calon dari Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding untuk PRK Dun Chini nanti.

Biodata Mohd Sharim Md Zain Calon BN PRK DUN Chini
Biodata Mohd Sharim Md Zain Calon BN PRK DUN Chini

Pengerusi Majlis Belia FELDA Wilayah Kuantan, Mohd Sharim Md Zain, 41, dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

PRK Chini 4 Julai ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 7 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, beliau yang juga calon BN memenangi kerusi berkenaan dalam saingan tiga penjuru dengan majoriti 7,675 undi menewaskan calon PAS, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405) dan Mohamad Razali Ithnain dari PKR (1,065).

PRK ini pilihan raya yang pertama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasa bermula 18 Mac ekoran penularan pandemik COVID-19.

Semalam, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mengumumkan tidak meletakkan calon pada PRK DUN Chini, 4 Julai ini bagi memberi laluan kepada calon Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu untuk memberi sokongan sepenuhnya kepada calon BN bagi mewakili Perikatan Nasional (PN).

“Seluruh jentera BERSATU akan digerakkan untuk memastikan kemenangan wakil PN,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Pada 6 Jun lalu, Pakatan Harapan (PH) menyatakan tidak meletakkan calon berikutan kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi, susulan penularan wabak COVID-19.

Biodata Lengkap :-

MOHD SHARIM BIN MD ZAIN

Tempat lahir: Alor Setar, Kedah

Umur: 41 Tahun

Pendidikan: SPM

Pekerjaan: Pengarah Urusan Akar Budi Sdn Bhd

Status: Berkahwin

Anak : 5 Orang

Kursus yang dihadiri:

• Kursus Kepimpinan Belia Berkaliber Peringkat Negeri Pahang,

• Kursus Pemantapan Akidah Felda Wilayah Kuantan,

• Kursus Asas Gerak Keusahawanan (MECD) Daerah Pekan

• Kursus Asas Biro Tatanegara

• Kursus Jurulatih Futsal Felda Wilayah Kuantan

• Kursus Pengurusan Organisasian Persatuan

• Kursus Kepimpinan Belia Peringkat Felda Wilayah Kuantan

PENCAPAIAN SOSIAL:

• Naib Johan Anugerah Belia Negara Kategori Pertubuhan Belia Terbilang

• Naib Johan Anugerah Belia FELDA Malaysia Kategori Persatuan Cemerlang

• Tokoh Kepimpinan Belia FELDA Wilayah Kuantan

• Johan Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Pahang

• Johan Anugerah Belia Negara Peringkat Daerah Pekan

PENGLIBATAN SOSIAL:

NAIB PRESIDEN Majlis Belia Negeri Pahang (2017-2020)

PENGERUSI Majlis Belia FELDA Malaysia ( MBFM ) Wilayah Kuantan (2010-2012) (2016-2020)

AHLI JAWATANKUASA MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA Pengerusi Jawatankuasa Sukan, Kebudayaan & Kesenian Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) (2012-2014) (2014-2017)

AHLI JAWATANKUASA HAL EHWAL FELDA NEGERI PAHANG YB. DATO ABU BAKAR BIN HJ. HARUN Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal FELDA Negeri Pahang (2014-2017)

Pengerusi Majlis Belia FELDA Negeri Pahang (2012-2014)

Ahli Lembaga Koperasi Majlis Belia Felda Malaysia Berhad (2012-2014) (2014-2017)

Penolong Setiausaha Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Chini N23 Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Chini (2017)

Pengerusi Kelab Komuniti Akar Budi DUN Chini Pekan (2014-2017)

Pengerusi Kejiranan Rukun Tetangga (KRT) FELDA Chini 3 (2016-2020)

Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) FELDA Chini 3 (2010-2012) ( 2014-2016)

AJK UMNO Bahagian Pekan UMNO Bahagian Pekan (2018-2021)

Ketua Pemuda UMNO FELDA Chini 3 Berkat (2013-2021)

BH

Check Also

Pra Sekolah Tabika Taska Beroperasi 1 Julai 2020  

Pra Sekolah Tabika Taska Beroperasi 1 Julai 2020

Pra Sekolah Tabika Taska Beroperasi 1 Julai 2020. Berita terbaru menerusi kenyataan Menteri Kanan (Keselamatan) …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.