Home » BERITA » Bonus Aidilfitri 2019 Penjawat Awam Diumum Nanti

Bonus Aidilfitri 2019 Penjawat Awam Diumum Nanti

Bonus Aidilfitri 2019 Penjawat Awam Diumum Nanti kata YAB Perdana Menteri. Kerajaan akan memberi bonus kepada penjawat awam dan pesara sempena sambutan Aidilfitri tidak lama lagi, kata Tun Dr Mahathir Mohamd.

Bonus Aidilfitri 2019 Penjawa Awam Diumum Nanti
Bonus Aidilfitri 2019 Penjawat Awam Diumum Nanti

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata jumlah dan tarikh bayaran masih belum dimuktamadkan.

“Ada, kita akan isytihar nanti,” katanya ringkas ketika menjawab soalan pemberita berhubung perkara itu.

Terdahulu, beliau merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-48 di Pusat Konvensyen Spice Arena di sini, hari ini.

Minggu lalu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberi bonus Aidilfitri kepada penjawat awam dan pesara, selain sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berhubung isu itu.

CUEPACS juga berharap permintaan bonus Aidilfitri sebanyak RM1,000 untuk penjawat awam dan RM500 untuk pesara itu dipersetujui kerajaan.

Kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Melaka sudah mengumumkan pemberian bonus Aidilfitri kepada penjawat awam masing-masing antara RM1,000 sehingga setengah bulan gaji. -BH-

Check Also

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah

Livestreaming Istiadat Pemakaman Diraja Sultan Haji Ahmad Shah. Mari seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyaksikan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *