Home » Uncategorized » Bonus Sebulan Gaji Untuk Penjawat Awam Selangor

Bonus Sebulan Gaji Untuk Penjawat Awam Selangor

Bonus Sebulan Gaji Untuk Penjawat Awam Selangor

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengumumkan pemberian bonus tahunan dan sempena sambutan Aidilfitri ini kepada semua kakitangannya, hari ini.

Menurut Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Exco Kerajaan Negeri Selangor bersetuju memberi bonus ekoran prestasi laporan kewangan negeri menunjukkan peningkatan.

“Exco negeri bersetuju beri bonus sebulan gaji ikut tempoh perkhidmatan bertarikh 31 Jun ini, sejumlah RM32.7 juta diperuntukkan bagi tujuan pemberian bonus ini.

“Keputusan ini dibuat kerana laporan kewangan negeri menunjukkan pertumbuhan kutipan hasil meningkat dari tahun 2013 sehingga 30 Jun 2014,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Exco, di sini, hari ini.-Sinar-

Check Also

Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020

Live Streaming Perutusan Khas Perdana Menteri PKPP 28 Ogos 2020. Segala kemungkinan sama ada Perintah …

2 comments

  1. wahh..rezeki..Alhamdulillah seronok la beraya geng2 Kerajaan Negeri Selangor nooo heehehe balik kampung poket penuh

  2. selangor je…negeri lain takde ke…huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.